Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh didakwa berhubung kejadian menembak polis di Ireland Utara

-

BELFAST: Tujuh orang lelaki didakwa bagi kejadian tembakan ke atas seorang anggota polis tidak bertugas di Ireland Utara pada awal tahun ini, menurut pihak penyiasat kelmarin.

Beberapa orang daripada defendan akan berdepan tuduhan keganasan, sementara semua mereka berdepan tuduhan bagi cubaan membunuh.

Ketua Detektif Inspektor John Caldwell, seorang anggota polis berprofil tinggi yang mengetuai beberapa siasatan besar, terselamat dalam serangan lewat Februari lepas, di mana dia telah ditembak beberapa kali di sebuah pusat sukan.

Dia menjadi jurulatih bagi sebuah kumpulan bola sepak belia yang turut disertai oleh anak lelakinya, di pekan Omagh di wilayah British.

Kejadian tembakan yang dikecam oleh ahli politik sebagai “keterlalua­n dan memalukan” itu, dilakukan oleh dua lelaki.

Seramai tujuh orang telah didakwa, menurut pihak berkuasa.

“Dua lelaki berusia 28 tahun, dan lima lelaki berusia 33, 38, 45, 47 dan 72, telah didakwa atas cubaan membunuh,” Perkhidmat­an Polis Ireland Utara (PSNI) berkata dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa dua orang daripada lelaki itu didakwa bagi keanggotaa­n dalam sebuah pertubuhan yang diharamkan iaitu Irish Republican Army (IRA), sementara tiga daripada mereka berdepan tuduhan merancang keganasan.

Sebelum itu, pihak polis menyatakan empat orang lagi ditangkap berhubung kejadian tembakan telah dibebaskan, “sementara menunggu satu laporan daripada Perkhidmat­an Pendakwaan Aawam”.

Tujuh orang yang didakwa hadir di mahkamah pada Isnin.

Menteri Ireland Utara Chris Heaton-Harris di London menyambut baik berita mengenai dakwaan itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada PSNI bagi usaha mereka dan perkembang­an yang mereka lakukan bagi kes itu,” tulis beliau menerusi Twitter.

Caldwell menghabisk­an selama dua bulan dalam hospital, sebelum dibebaskan pada April.

Anggota polis di Ireland Utara menjadi subjek kepada serangan rambang yang menjadi kebiasaan di wilayah itu sebelum ini, yang telah dibelenggu beberapa dekad oleh keganasan perkauman dikenali sebagai Troubles sebelum termeterai perjanjian damai pada 1998.

Ketegangan yang semakin memuncak di wilayah itu dengan penyokong kesatuan yang setia kepada UK menjatuhka­n kerajaan perpaduan bagi membantah peraturan dagangan pasca-Brexit, yang menurut mereka telah menjarakka­n Ireland Utara dari bahagian lain di UK.

Omagh merupakan tempat kejadian bagi salah satu daripada insiden terburuk Troubles, ketika sebuah kumpulan penentang IRA meletupkan sebiji bom kereta pada 15

Ogos, 1998, menyebabka­n 29 kematian dan 220 kecederaan.

Kumpulan pecahan New IRA telah dikaitkan dengan dua serangan sejak beberapa tahun lepas, termasuk meletakkan sebiji bom di bawah kereta polis wanita pada April 2021.

Kumpulan itu turut mengaku bertanggun­gjawab bagi kematian Lyra McKee, seorang wartawan yang terbunuh pada April 2019 ketika membuat liputan mengenai pertempura­n di bandar Londonderr­y.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia