Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pengawal taman negara Virunga di Kongo terbunuh

- — AFP

GOMA: Dua pengawal taman negara Virunga telah terbunuh di Republik Demokratik Kongo pada Ahad, menurut pihak berkuasa, pertumpaha­n darah terbaharu yang menggegark­an kawasan warisan dunia itu.

Sejak tahun 2020, kumpulan bersenjata yang berlainan telah melakukan serangan dan serangan hendap yang menyasarka­n pengawal di taman, rezab alam semula jadi terbesar di Afrika.

Dalam satu kenyataan, pihak taman menyatakan penyerang merupakan anggota dari “Mai Mai Kabido,” sebuah kumpulan bersenjata.

Dua orang pengawal “telah ditembak dan meninggal dunia akibat kecederaan mereka” di Nyamusenge­ra, satu bahagian di taman berhampira­n Sungai Edward, yang menandakan sempadan dengan Uganda.

“Padapagiin­ikamimende­ngar “ledakan” peluru,” kata Kambale Muhindo, seorang pekerja di Vitshumbi, sebuah kampung nelayan 5 kilometer dari tempat kejadian serangan.

“Sekumpulan pemburu haram mahu membunuh seekor badak sumbu dan bagi melindungi diri mereka sendiri, mereka telah menyerang hendap pengawal tersebut.”

Selain daripada dua kematian, “enam orang pengawal tercedera dan dihantar ke hospital Vitshumbi Catholic”, jelas Blaise Kalisha, seorang aktivis hak asasi manusia.

Pada 18 Mei tahun ini, empat orang pekerja taman, di mana tiga orang adalah pengawal, telah terbunuh. Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan bersenjata yang sama bertanggun­jawab atas pembunuhan tersebut.

Ditubuhkan pada 1925, taman negara Virunga telah diiktiraf oleh Unesco sebagai sebuah kawasan warisan dunia sejak 1979.

Ia terkenal dengan fauna dan landskapny­a, namun turut dijadikan pangkalan bagi beberapa buah kumpulan bersenjata selama lebih dua dekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia