Utusan Borneo (Sarawak)

Darsha Nair dari Malaysia dinobatkan sebagai

Beliau berjaya menewaskan 11 finalis dari seluruh dunia yang lain dan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan hadiah tajaan lain

- Oleh Jude Toyat

Darsha Nair dari Malaysia telah dinobatkan sebagai Miss Petite Global 2023 selepas menewaskan 11 finalis lain dari seluruh dunia pada majlis gemerlapan yang diadakan di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands baru-baru ini.

Gadis berusia 23 tahun yang mempunyai darah Belanda, Portugis, Baba Nyonya Peranakan dan India Malayali dari Selangor tersebut membawa pulang wang tunai RM15,000 dan hadiah tajaan lain.

“Saya tidak menjangkak­an untuk menang tetapi saya sangat gembira apabila dinobatkan sebagai Miss Petite Global 2023,” kata Darsha.

“Terima kasih kepada penyokong, keluarga dan rakan saya atas sokongan mereka, dan ini telah membantu untuk menjadi lebih yakin sepanjang pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini. Ketika dunia memuji kejayaan saya, saya menerima hakikat bahawa kecantikan sebenar bukan sahaja terletak pada penampilan tetapi pada kekuatan, keanggunan, dan kasih sayang yang terpancar dari dalam,” katanya.

“Saya percaya bahawa pengalaman sepenuhnya pertanding­an sejak memenangi gelaran peringkat kebangsaan telah membantu saya menjadi wanita seperti sekarang,” tambahnya.

Darsha yang merupakan graduan Pentadbira­n Perniagaan mengakui pernah menjadi seorang yang introvert dan sangat pemalu, berkata pertanding­an itu telah membina keyakinan diri.

Mengenai advokasiny­a, Darsha berkata bahawa ia berkisar kepada kesihatan mental dan keinginan beliau adalah agar dapat menghilang­kan stigma yang wujud di sekeliling­nya.

“Stigma kesihatan mental berleluasa di Malaysia, malah sehingga hari ini. Kita boleh mengubahny­a dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua,” katanya sambil menyatakan harapannya untuk menjadi suara mereka yang tidak mampu bersuara dan juga untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Darsha juga memenangi gelaran Darling of the Crowd, Best in Evening Gown, Best in Resort Wear and Best in Welcoming Dinner Outfit.

Naib juara, Nareeporn Klaysombut dari Thailand, pula memenangi gelaran Best in Catwalk dan Photogenic Award.

Maica Cabling Martinez dari Filipina muncul tempat ketiga. Beliau juga dinamakan sebagai penerima Social Media Award dan Best in National Costume.

Kesemua peserta Top 3 menerima mahkota, selempang dan trofi setiap

seorang.

Alya Abdul dari Borneo dan So Dana dari Kemboja turut tersenarai dalam Top 5.

Pemenang gelaran subsidiari lain ialah Alya (Miss Charity Queen Global, Best in Interview dan Popular Award), So (Congeniali­ty Award), dan Hannah Marie Perez dari Australia (Beautiful Body Award).

Peserta lain Miss Petite Global 2023 termasukla­h Thilaga Chandra Sekar dari India, Tasya Novianti Putri dari Indonesia, Akira Mariamoto dari Jepun, Kai Zamuee dari Namibia dan Illya dari Singapura.

Miss Petite Global, yang telah memasuki edisi

kedua, dianjurkan oleh Tiara Management dan

Leading Management. Panel hakim terdiri

daripada Mrs Petite Global 2023 dan presiden Gapi Malaysia, Joyce Nyupeh; Mrs Global Asian 2023 & pengurus pemasaran Borneo Ma Smart Vendor Sdn Bhd, Kimi Thomas; dan Mrs Internatio­nal Global Malaysia 2022, ketua eksekutif Edumax Education Group dan pengasas Karra Cosmetics, Anne Rajasaikar­an.

Mereka turut disertai pengarah Geo Resort & Hotel, Nancy Ku; pengasas Klinik Dr Jasmine, Dr Jasmine Ruth Yuvarani; penyampai televisyen dan selebriti Maria Tunku Sabri; pengasas Beast Cosmetics & Art Figura, Jasrina Jasni; pengasas Grande Official, Hannarita Singa; Mr Continenta­l Model Internatio­nal 2022, Dr Umar; dan pengarah kreatif The Socialite Group Asia & Marcom Geo Resort & Hotel Marcus Osmand.

Miss Petite Global 2022, Pich Mainavyta dari Kemboja telah meletakkan mahkota ke atas Darsha iaitu Miss Petite Global 2023.

Miss Petite Global telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2020 oleh Nickson Sim dan Leo Raynold, dan bertujuan untuk mempromosi­kan pemerkasaa­n wanita melalui medan sosial yang berbeza.

Objektifny­a juga adalah untuk mentakrifk­an semula konsep kecantikan dengan membuka pintunya untuk wanita ‘petite’ (bertubuh kecil) yang mereka juga berkeboleh­an, bijak dan perkasa.

Menurut Nickson, Miss Petite Global mahu diiktiraf sebagai pertanding­an yang membolehka­n wanita menyatakan pandangan mereka, mempamerka­n bakat mereka dan menjadi instrumen perubahan untuk semua wanita kecil molek di seluruh dunia.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? JELITAWAN: Darsha, diapit oleh Nareeporn (depan, dua kanan) dan Maica dalam gambar berkumpula­n, diambil selepas majlis.
JELITAWAN: Darsha, diapit oleh Nareeporn (depan, dua kanan) dan Maica dalam gambar berkumpula­n, diambil selepas majlis.
 ?? ?? RATU CANTIK: (Dari kiri) Leo, Darsha, Pich dan Nickson bergambar bersama.
RATU CANTIK: (Dari kiri) Leo, Darsha, Pich dan Nickson bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia