Utusan Borneo (Sarawak)

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan dipindah ke dua mahkamah sesyen

- KUALA LUMPUR:

Dua kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahka­n ke dua Mahkamah Sesyen di sini.

Prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, mahkamah membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali supaya pertuduhan menerima rasuah RM2 juta yang dihadapi tertuduh dipindahka­n di Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicaraka­n bersama dengan satu lagi pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.

Terdahulu, Siti Amirah berkata Adam Radlan yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah RM2 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan hakim membenarka­n kes itu dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen di sini.

“Tertuduh juga telah didakwa meminta rasuah RM2 juta di mahkamah ini. Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua kes ini dibicaraka­n bersama.

“Kami telah menyerahka­n sebahagian dokumen kes itu kepada pihak pembelaan. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan baki dokumen,” katanya.

Azura menetapkan 14 Julai untuk sebutan kes bagi serahan baki dokumen itu.

Sementara itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memaklumka­n bahawa kes menerima rasuah RM2.1 juta yang dihadapi Adam Radlan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen di sini.

Natrah Fareha kemudian memohon supaya pertuduhan itu dibacakan kepada Adam Radlan dan ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah dan memohon kes dibicaraka­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PINDAH: Ahli perniagaan Adam Radlan (dua, kiri) hadir bagi sebutan kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapiny­a di Mahkamah Sesyen semalam.
— Gambar Bernama PINDAH: Ahli perniagaan Adam Radlan (dua, kiri) hadir bagi sebutan kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapiny­a di Mahkamah Sesyen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia