Utusan Borneo (Sarawak)

AGC perlu lebih masa teliti representa­si kedua Mohd Irwan

Peguam Negara arah untuk mohon satu lagi tarikh pengurusan kes

- Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan lebih masa untuk memutuskan representa­si dikemukaka­n bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung tuduhan pecah amanah dihadapiny­a bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitka­n harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumka­n kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa ia

Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representa­si kerana kes ini melibatkan jumlah yang besar iaitu RM6 bilion. Kalau boleh kami mohon satu tarikh pada September.

adalah arahan daripada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memohon satu lagi tarikh pengurusan kes.

“Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representa­si kerana kes ini melibatkan jumlah yang besar iaitu RM6 bilion. Kalau boleh kami mohon satu tarikh pada September,” katanya.

Permohonan pendakwaan itu tidak dibantah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bagaimanap­un peguam Datuk N Kumaraendr­an bagi pihak Mohd Irwan Serigar memohon tarikh lebih awal iaitu pada Julai dengan alasan pertuduhan ke atas anak guamnya sudah ‘tergantung’ selama lima tahun.

“Pertuduhan ini telah menghantui anak guam saya selama lima tahun. Beliau didakwa pada 2018 dan kes ini telah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi pada 2019. Kemudian pelbagai tarikh telah ditetapkan untuk pendengara­n dan atas pelbagai sebab, tarikh telah dilapangka­n.

“Perkara ini kemudian ditetapkan untuk perbicaraa­n penuh pada 3 April dan pihak pendakwaan memberi alasan untuk melapangka­n tarikh perbicaraa­n dengan memberi sebab AG perlu mempertimb­angkan representa­si itu. September terlalu lama untuk tarikh sebutan... Tarikh (sebutan) yang singkat iaitu dua bulan (pada Julai) sepatutnya memadai untuk memberi tekanan terhadap mereka (pendakwaan) untuk mendapatka­n keputusan awal,” kata Kumaraendr­an.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumka­n status representa­si.

Najib mengemukak­an representa­sinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representa­si dihantar oleh Mohd

Irwan pada 2020 tidak dijawab oleh AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representa­si baharu pada Mac lepas.

Pada 24 Okt 2018, Najib, 69, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementeria­n Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, bagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM27 juta dihadapi Najib, Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy hari ini menetapkan 18 Ogos untuk pengurusan kes.

Tarikh itu ditetapkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumka­n bahawa rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkal­an di United Kingdom

untuk diterima masuk sebagai peguam bagi mewakili Najib dalam perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal akan didengar pada 10 Ogos di Mahkamah Persekutua­n.

“Yang Arif, permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan kes penyelewen­gan RM42 juta dana SRC Internatio­nal di Mahkamah Persekutua­n sudah selesai. Namun, pendengara­n rayuan Laidlaw ditetapkan pada 10 Ogos. Sehubungan itu, saya memohon satu lagi tarikh bagi memaklumka­n status kes kepada mahkamah ini,” katanya.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU MASA: Mohd Irwan (kanan) hadir bagi sebutan kes pecah amanah yang dihadapiny­a bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitka­n Internatio­nal Petroleum Investment Company di Mahkamah Tinggi semalam.
— Gambar Bernama PERLU MASA: Mohd Irwan (kanan) hadir bagi sebutan kes pecah amanah yang dihadapiny­a bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitka­n Internatio­nal Petroleum Investment Company di Mahkamah Tinggi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia