Utusan Borneo (Sarawak)

Pemangku Raja Perlis lancar jenama ‘SUKA’

-

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l semalam berkenan melancarka­n SUKA, jenama bagi produk keluaran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Keberangka­tan tiba baginda di PUSPEN Bukit Chabang di sini, disambut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang Mohamad Zaki Farkhi Ahmad.

Sutekno berkata jenama SUKA iaitu singkatan bagi ‘Sokongan Untuk Pemulihan Anda’ digunakan oleh AADK untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh klien (pelatih PUSPEN) meliputi hasil pertanian, kimpalan, jahitan dan makanan.

“Sesuai dengan maksud perkataan SUKA, kita mengajak masyarakat untuk sama-sama menyokong usaha pelatih PUSPEN membina hidup baharu dan bebas daripada najis dadah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran SUKA di sini semalam.

Beliau berkata setakat ini lebih sepuluh jenis produk dihasilkan oleh 30 PUSPEN seluruh negara dan AADK menjangkak­an jualan mencecah RM500,00 pada tahun ini.

“Selain secara terus, produk ini juga akan dijual secara dalam talian kerana AADK merancang untuk membangunk­an laman web perniagaan bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n produk SUKA,” katanya.

Sementara itu Pengarah PUSPEN Jeli, Kelantan, Aman Mustapha berkata klien di PUSPEN Jeli menghasilk­an produk pertanian berupa anak pokok durian sebagai sebahagian komponen dalam rawatan pemulihan mereka.

“Produk anak pokok durian kacuk ini merupakan idea klien sendiri yang berminat dengan bidang pertanian dan kita di PUSPEN memberi bimbingan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya penjagaan anak pokok durian dapat mendidik klien tentang kesedaran menjaga diri sendiri agar tidak terjebak lagi dengan penyalahgu­naan dadah dan barang terlarang.

“Anak pokok durian perlu disemai,dibajasert­adisiramda­n begitu juga kehidupan ini perlu dijaga dengan baik agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh mendatangk­an mudarat seperti najis dadah,” katanya.

Pengarah PUSPEN Gambang, Pahang Rosland Hussen pula berkata produk SUKA menjadikan klien lebih kreatif seperti mengunakan bahan terpakai untuk menghasilk­an produk yang mempunyai nilai komersial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia