Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahba­ikan CCTV, kursus pencegahan gangguan seksual antara garis panduan AAGS

-

Penambahba­ikan infrastruk­tur kamera litar tertutup (CCTV) di fasiliti awam dan pelaksanaa­n kursus pencegahan gangguan seksual adalah antara pelan tindakan yang terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaa­n Program Advokasi Antiganggu­an Seksual (AAGS).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata garis panduan itu merangkumi dua pelan tindakan iaitu program advokasi bagi pencegahan gangguan seksual dan advokasi bagi kesedaran gangguan seksual.

“Ia merangkumi cadangan dan langkah bersesuaia­n yang perlu diambil bagi meningkatk­an pencegahan terhadap gangguan seksual seperti di tempat kerja, pengangkut­an awam, fasiliti pendidikan serta pusat jagaan kanak-kanak,” katanya ketika berucap merasmikan Jerayawara Program AAGS di sini semalam.

Beliau berkata elemen kesedaran pula meliputi

program bagi meningkatk­an pemahaman dalam kalangan masyarakat terutama mengenai perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual dan tindakan yang boleh diambil berhubung perkara itu.

Garis panduan itu, yang dibangunka­n oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita,

Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), boleh didapati menerusi pautan https:// www.jpw.gov.my/images/ jpw/pdf/250523_GARIS_ PANDUAN_PELAKSANAA­N_PROGRAM_ ADVOKASI_ANTIGANGGU­AN_SEKSUAL.pdf.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan

Wilayah, berkata penggubala­n Akta Antiganggu­an Seksual 2022 (Akta 840) adalah manifestas­i kerajaan bahawa kesalahan itu merupakan satu pelanggara­n kepada hak asasi manusia.

Akta 840 diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022 serta dikuatkuas­akan secara berperingk­at mulai 28 Mac lepas.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula berharap program advokasi itu memfokus kepada penggunaan garis panduan berkaitan antiganggu­an seksual di organisasi kerajaan serta swasta bagi menyediaka­n persekitar­an yang selamat bukan hanya untuk wanita tetapi juga lelaki.

Beliau berkata KPWKM, melalui Jabatan Pembanguna­n Wanita, akan melaksanak­an program itu di premis awam dan tempat kerja di peringkat komuniti sepanjang 2023 di seluruh negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyaranka­n agar Kementeria­n Komunikasi dan Digital mengambil langkah susulan ekoran keengganan penyedia perkhidmat­an Telegram memberi kerjasama kepada kerajaan bagi mencari penyelesai­an berhubung isu keselamata­n siber. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JERAYAWARA: Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jerayawara Advokasi Anti Gangguan Seksual di sebuah hotel semalam.
— Gambar Bernama JERAYAWARA: Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jerayawara Advokasi Anti Gangguan Seksual di sebuah hotel semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia