Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan blok wanita, kanak-kanak HTAA mula dalam masa terdekat

-

KUANTAN: Pembinaan Blok Wanita dan KanakKanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan kos RM605 juta dijadualka­n bermula dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam peringkat akhir melantik kontraktor utama yang dijangka selepas selewat-lewatnya hujung Jun ini.

“Komponen projek ini melibatkan pertambaha­n katil sebanyak 376 buah dan beberapa kemudahan utama seperti Unit Rawatan Intensif Pediatrik (PICU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan Wad Kebergantu­ngan Tinggi (HDW).

“Ia turut merangkumi klinik pakar, dewan bedah, Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) dan tempat letak kereta,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Pembinaan blok baharu itu yang diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada 2019 akan memanfaatk­an sekitar 564,000 penduduk daerah ini apabila siap kelak.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Hospital Maran yang telah tertangguh sekian lama, Dr Zaliha berkata Jabatan Kesihatan

Pahang (JKNP) telah mengadakan lawatan tapak baharu pada Khamis lepas (25 Mei).

JKNP akan mendapatka­n penilaian tapak daripada pihak berkaitan termasuk JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pengesahan status tanah daripada Pejabat Tanah dan Daerah.

Secara keseluruha­nnya, Dr Zaliha berkata peruntukan berjumlah RM1.12 bilion diberikan bagi tujuan pembanguna­n kesihatan di Pahang yang turut merangkumi RM12.9 juta bagi kerja baik pulih klinik daif yang diumumkann­ya kelmarin.

Bagi kerja baik pulih itu, Dr Zaliha berkata kerja perolehan bagi 41 klinik telah bermula dengan jangkaan siap antara dua ke tujuh bulan manakala sebuah lagi klinik dalam proses perolehan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Dr Zaliha (dua kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Badli Sham Baharun (dua, kanan) ketika membuat lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Dr Zaliha (dua kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Badli Sham Baharun (dua, kanan) ketika membuat lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia