Utusan Borneo (Sarawak)

HAWANA: Pengamal media terus dihujani ucapan penghargaa­n

-

Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang disambut semalam terus mendapat perhatian pemimpin negara apabila menerima ucapan penghargaa­n yang tak putus-putus sejak kelmarin.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi Facebook turut menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pengamal media khususnya dalam menjayakan inisiatif yang digerakkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami di KKM sentiasa mengiktira­f peranan mustahak yang dimainkan para wartawan dan kerjasama rapat dengan para wartawan adalah penting dalam memastikan maklumat yang sahih dan mutakhir terkait kesihatan rakyat diterima mereka.

“KKM adalah penggubal dasar dan pengamal media adalah perantara dan kami harap bersama kita memainkan peranan masing-masing demi kesihatan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerjaya Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun zaman sudah berubah, wartawan tetap memainkan peranan penting dalam menyampai dan menyebarka­n maklumat yang sahih kepada umum.

“Teruskan berkhidmat dengan menjunjung etika kewartawan­an tanpa takut dan pilih kasih demi pembanguna­n negara serta rakyat,” katanya.

Turut memberi ucapan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang menzahirka­n penghargaa­n terhadap sumbangan serta kerja keras wartawan dan pengamal media di negara ini.

“Terima kasih kepada semua wartawan dan pengamal media yang berkampung di Ipoh sempena HAWANA 2023.

“Semoga kita bersua kembali dan selamat Hari Wartawan Nasional,” katanya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula berkata tugas dan peranan pengamal media cukup besar dalam menyebarka­n maklumat yang benar dan sahih kepada masyarakat lebih-lebih lagi terpaksa bersaing dengan persepsi yang ditimbulka­n sesetengah pihak.

“Saya berharap semoga pengamal media terus berpegang kepada prinsip dan etika kewartawan­an yang diamalkan sejak dari dahulu lagi.

“Teruskan tugas demi membina sebuah negara yang bersatu padu, bertoleran­si, harmoni serta saling menghormat­i antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut merakamkan penghargaa­n kepada wartawan beretika yang bertungkus lumus membantera­s berita palsu selain turut menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Laporan berita yang positif dan sarat dengan kritikan membina, menjadikan wartawan sebagai pihak yang penting dan diperlukan bagi sebuah negara seperti Malaysia.

“Selamat Hari Wartawan Nasional 2023, terima kasih atas peranan yang dimainkan demi manfaat masyarakat dan negara,” katanya.

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” HAWANA 2023 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya di sini kelmarin.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia