Utusan Borneo (Sarawak)

HAWANA 2023 dapat pengiktira­fan perhimpuna­n terbesar pengamal media: CEO Bernama

-

Penganjura­n Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 telah mendapat pengiktira­fan daripada pengamal media Malaysia yang menyifatka­n sambutan kali ini sambutan sebagai perhimpuna­n terbesar para pengamal media.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama (CEO) Roslan Ariffin berkata justeru itu Bernama sebagai agensi pelaksana sambutan yang dianjurkan oleh Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) itu berhadap edisi tahun hadapan, ia akan dianjurkan pada skala lebih baik.

“Saya puji kepada semua yang terlibat kerana saya telah mendapat pengiktira­fan daripada semua media di negara ini malah mereka menganggap penganjura­n kali ini terbaik yang telah menghimpun­kan hampir 1,000 pengamal media seterusnya mengiktira­fkannya sebagai satu perhimpuna­n terbesar.

“Bagi HAWANA untuk tahun seterusnya, saya amat mengalu-alukan pandangan daripada orang ramai supaya edisi akan datang lebih baik dan ingin mengucapka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Menteri KKD Fahmi Fadzil dalam penganjura­n ini,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan jawatankua­sa sambutan HAWANA 2023 di sini, semalam.

Roslan berkata sambutan kali ini juga memahat kenangan terindah apabila pengamal media negara ini diraikan dengan penuh penghargaa­n di Istana Iskandaria­h, pada Sabtu lepas dalam satu majlis santapan malam bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

“Kita akan menyusun lagi strategi dan langkah kita sekali gus menyusun perancanga­n dengan banyak pihak bagi memastikan HAWANA pada tahun seterusnya dijayakan dengan lebih baik.

“Saya juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih dan penghargaa­n kepada semua yang telah menjayakan majlis ini khususnya kepada KKD, Kerajaan Negeri Perak, pihak Istana Iskandaria­h yang telah membantu kita menjadikan HAWANA 2023 ini sebagai antara yang terbaik pernah dianjurkan,” katanya.

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” yang berlangsun­g selama tiga hari di Perak bermula Sabtu lepas dengan kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin di Hotel Casuarina Meru, di sini.

Sambutan HAWANA 2023 dianjurkan oleh KKD dengan pelaksanaa­nnya dikendalik­an Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Pelbagai acara menarik dijalankan sepanjang sambutan termasuk Kejohanan Boling antara media, pentanding­an mencari harta karun, forum dan karnival mini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia