Utusan Borneo (Sarawak)

MAIDAM peruntuk zakat pendidikan RM68.1 juta

- KUALA TERENGGANU:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntu­kkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan Terengganu bagi tahun ini.

Yang Dipertuany­a Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata setakat Mei ini RM21 juta telah diagihkan kepada pelajar asnaf melalui 13 program termasuk bantuan awal pendidikan, bantuan pengajian Islam, bantuan pengurusan pondok dan bantuan Institusi Pendidikan Tinggi.

“MAIDAM menyediaka­n pelbagai program bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang sempurna dalam suasana ekonomi yang mencabar.

“Bantuan pendidikan meliputi pelbagai peringkat dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di sini, semalam.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sementara itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPM, Datuk Wan Ismail Wan Yusof berkata RM1 juta dana berjaya dikumpul menerusi YPM untuk diagihkan kepada pelajar asnaf yang layak tahun ini.

Menurut beliau lima program baharu telah diwujudkan di bawah YPM untuk membantu pelajar Terengganu mendapat pendidikan yang sempurna melalui wang sumbangan orang ramai.

“Lima program baharu termasuk Skim Anak Angkat, Prihatin@School, Prihatin@ University, Boleh YPM Tolong serta Infra dan Fasiliti Pondok.

“Program Skim Anak Angkat bertujuan menyediaka­n wang saku harian kepada pelajar yang berdepan cabaran kewangan daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke pengajian tinggi,” katanya.

Wan Ismail berkata untuk tahun depan pihaknya menyasarka­n kutipan sumbangan RM10 juta daripada syarikat korporat dan orang persendiri­an yang peka serta prihatin dengan pendidikan anak-anak Terengganu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Tengku Muhammad (empat kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan Program Skim Anak Angkat YPM kepada Ainun Mardhiah Mohd Lazim (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM ( YPM) di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Ahmad Samsuri (tiga kiri).
— Gambar Bernama IKHLAS: Tengku Muhammad (empat kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan Program Skim Anak Angkat YPM kepada Ainun Mardhiah Mohd Lazim (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM ( YPM) di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Ahmad Samsuri (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia