Utusan Borneo (Sarawak)

Sociedad mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan

- — AFP

BARCELONA: Real Sociedad tewas 1-2 di Atletico Madrid tetapi masih mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas pencabar terdekat, Villarreal, tewas 1-2 di Rayo Vallecano dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad.

Sociedad menamatkan musim liga di tangga keempat walaupun tewas selepas Villarreal gagal mengambil sepenuh peluang mereka.

Espanyol tersingkir dari La Liga Selepas Samuel Lino menjaringk­an gol penyamaan minit akhir buat Valencia untuk keputusan 2-2.

Satu lagi kelab bakal tersingkir bersama-sama Elche dan Espanyol pada hari terakhir musim nanti, dengan Real Valladolid yang ketika ini berada di tangga ke-18 liga dan satu mata di atas zon penyingkir­an selepas seri tanpa jaringan di Almeria.

Celta Vigo tewas 0-1 di

Cadiz dan berada di tangga ke-17, juga satu mata di atas zon penyingkir­an, bersamasam­a dengan Almeria.

“Untuk berada dalam situasi ini, kami melakukan banyak kesilapan tetapi sejujurnya saya fikkir kami tidak selayaknya berada dalam situasi ini,” kata pemain tengah Espanyol, Sergi Darder.

“Apa pun, kami mahu meminta maaf. Kelab mempunyai banyak saat hebat tetapi kami tidak memberikan apa yang sepatutnya. Saya adalah orang pertama yang marah tetapi tanpa ragu, kami akan kembali.”

Antoine Griezmann dan Nabuel Molinma menjaringk­an gol buat Atletico ketika Sociedad, yang kelihatan cemas dengan keputusan melibatkan Villarreal.

Akhirnya, Alexander Sorloth merapatkan kedudukan buat Sociedad, sekali gus memberikan mereka kegembiraa­n selepas mengesahka­n kelayakan ke bola sepak Eropah.

“Saya mahu dapat meraikan kejayaan dengan cara yang lain (kemenangan) tetapi kami mengharung­i satu musim yang luar biasa dan saya berasa sangat gembira,” kata penyerang Sociedad, Mikel Oyarzabal.

“Kami harus meraikanny­a, penyokong juga dan pada Ahad depan, kami boleh meraikanny­a di gelanggang sendiri.”

Kemenangan meletakkan Atletico di tangga ketiga, satu mata di belakang Real Madrid.

Villarreal terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa musim hadapan, bersamasam­a Real Betis di tangga keenam, yang menewaskan Girona 2-1.

Osasuna, yang tewas 1-2 kepada Getafe, di tangga ketujuh dan ketika ini berada di landasan untuk layak ke kejohanan Liga Konferensi

Europa.

Bagaimanap­un, Athletic Bilbao, Girona, Rayo Vellacano dan Sevilla juga mempunyai peluang.

Juara liga, Barcelona, mengucapka­n selamat jalan penuh emosi pada perlawanan terakhir mereka di Camp Nou sebelum stadium dinaik taraf, apabila menewaskan Real Mallorca 3-0.

Kapten pasukan, Sergio Busquets dan pemain pertahanan, Jordi Alba, juga beraksi kali terakhir di Camp Nou, perlawanan kedua terakhir musim ini dan menerima penghormat­an dari penonton.

Ansu Fati menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama dan Gavi menjaringk­an satu gol selepas rehat.

Camp Nou, yang dirasmikan pada September 1957, merupakan salah satu stadium paling terkenal dalam dunia bola sepak.

 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Pemain Sociedad meraikan kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara sejurus tamat perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan Real Sociedad di stadium Wanda Metropolit­ano di, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Pemain Sociedad meraikan kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara sejurus tamat perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan Real Sociedad di stadium Wanda Metropolit­ano di, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia