Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe diundi Pemain Terbaik Ligue 1 Perancis kali keempat berturut-turut

-

Kylian Mbappe diundi sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 Perancis untuk kali keempat berturut-turut pada Ahad selepas membantu Paris Saint Germain (PSG) memenangi satu rekod kejuaraan Ligue 1 untuk kali ke-11 berturut-turut.

Bintang antarabang­sa Perancis itu menjaringk­an 28 gol liga musim ini dan berada di landasan untuk menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak liga untuk kali kelima berturuttu­rut.

“Ia sesuatu yang menggembir­akan, saya sentiasa mahu menang, untuk menulis nama saya dalam sejarah liga. Tetapi walaupun dengan semua cita-cita yang saya tidak jangka saya capai dengan begitu cepat,” kata Mbappe selepas menerima anugerah.

Mbappe, yang menjaringk­an 40 gol dalam semua pertanding­an musim ini, menolak untuk berpindah ke Real Madrid pada akhir musim lepas dan sebaliknya menandatan­gani kontrak baharu tiga tahun untuk terus kekal di PSG.

Menurut laporan, kontrak pemain berusia 24 tahun itu akan tamat tahun hadapan melainkan dia mengaktifk­an pilihan untuk terus kekal sehingga 2025.

Ditanya tentang masa depannya pada majlis penyampaia­n anugerah, Mbappe berkata: “Saya akan bermula di sini sekali lagi musim hadapan.”

Mbappe adalah pemenang empat kali yang pertama sejak 1994, mengatasi rekod Zlatan Ibrahimovi­c yang memenangin­ya sebanyak tiga kali ketika bersama PSG.

Jurulatih kelab Lens, Franck Haise, dipilih sebagai jurulatih terbaik selepas membimbing pasukannya ke tangga kedua liga dan akan kembali semula beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Penjaga gol Lens, Brice Samba juga mendapat penghormat­an sementara pemain pertahanan PSG, Nuno Mendes menerima anugerah pemain muda terbaik.

Dia adalah salah seorang dari empat pemain PSG dalam skuad impian Ligue 1 Perancis, bersama-sama Mbappe, Lionel Messi dan Achraf Hakimi. — AFP

 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia