Utusan Borneo (Sarawak)

Posisi Tuchel di Bayern kekal selamat: Hainer

-

MUNICH: Pengerusi Bayern Munich, Herbert Hainer pada Ahad berjanji bahawa jawatan Thomas Tuchel sebagai jurulatih kelab adalah selamat selain mengesahka­n kepulangan bekas eksekutif kelab, Karl-Heinz Rummenigge.

Bayern pada Sabtu bangkit dari ketinggala­n dua mata di belakang pendahulu Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund sebelum memenangi kejuaraan liga buat kali ke11 berturut-turut pada saat akhir namun mengumumka­n pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Oliver Khan dan pengarah sukan, Hasan Salihamidz­ic pada masa yang sama.

Dalam satu sidang media khas pada Ahad, Hainer menjelaska­n kedua-dua pemimpin itu dipecat kerana “prestasi separuh kedua musim yang tidak apa yang kami mahukan dari Bayern FC,” tetapi berkata bahawa kelab “tidak langsung memikirkan” untuk memecat Tuchel.

“Kami sememangny­a yakin dengan Thomas Tuchel. Dia adalah salah seorang jurulatih terbaik di Eropah dan sudah menunjukka­nnya di beberapa kelab.

“Saya tidak tahu kenapa Thomas Tuchel tidak menjadi jurulatih kami.”

Tuchel dilantik pada bulan Mac selepas Kahn dan Sali

hamidzic memecat jurulatih Julian Nagelsmann.

Ketika Khan diganti oleh bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Jan-Christian Dreesen, pengarah teknikal baharu kelab masih belum dilantik.

Hainer juga mengesahka­n kepulangan Rummenigge, yang bermain bersama kelab selama satu dekad dan pernah berkhidmat sebagai CEO sehingga diganti oleh Kahn pada 2021.

Hainer berkata kelab akan bergantung sepenuhnya kepada kepakaran sukan Bayern, termasuk kepulangan Rummenigge dan juga akan memberikan Tuchel peranan yang lebih besar.

Dia juga mendedahka­n bahawa Kahn dan Salihamidz­ic telah diberitahu keputusan (pemecatan) mereka pada Khamis, “lebih awal supaya mereka mempunyai masa untuk menerima keputusan” dan “bagi menghormat­i dua pemain legenda Bayern Munich.”

Ketika Salihamidz­ic ada menonton perlawanan penentuan kejuaraan Bayern di Cologne, kelab menghalang Kahn dari turut hadir kerana dia “terlalu emosi”.

Hainer berkata Salihamidz­ic menerima keputusan dengan “sangat baik” tetapi “kami mempunyai perbualan yang sama dengan Oliver Kahn dan malangnya dia tidak dapat menerimany­a.

“Kami tidak dapat menamatkan semuanya dengan baik,” kata Hainer “dan kerana itu, dia tidak dapat ke Cologne pada Sabtu.”

Kahn membuat ciapan di Twitter pada Sabtu dengan berkata: “Saya pastinya mahu meraikan kejuaraan bersama pemain tetapi malangnya saya tidak dapat kerana kelab melarang saya pergi ke sana.”

Pada Ahad, Kahn membalas laporan berkata dia gagal mengawal emosi selepas diberitahu akan dipecat, dengan berkata “dakwaan saya hilang sabar apabila diberitahu tentang pemecatan saya adalah tidak benar,” dengan bekas penjaga itu mendakwa di “menerima keputusan dengan tenang” dan dia tidak dapat menyaksika­n perlawanan itu.

 ?? ?? HAINER
HAINER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia