Utusan Borneo (Sarawak)

Aisamuddin tempah tiket ke Bangkok

Petinju dari Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan itu bakal beraksi pada Thailand Fighting Championsh­ip 2023

- Oleh Hamkar Sarbinee

Sebenarnya, saya tidak yakin untuk menang tetapi saya fokus cuba melakukan yang terbaik.

KUCHING: Muhammad Aisamuddin Mohamad menempah tiket untuk beraksi pada Thailand Fighting Championsh­ip (TFC) yang akan berlangsun­g di Bangkok, Thailand pada hujung tahun ini.

Muhammad Aisamuddin Mohamad

Penolong jurulatih berusia 29 tahun di KNOX13 Boxing Club Metro City Kuching mewakili kelab itu menewaskan lawannya, Andre Warmonger ‘Ghost’ dengan keputusan sebulat suara selepas menamatkan tiga pusingan bagi kategori (70.3-77.1 kilogram).

Ini merupakan perlawanan ke-13 daripada 23 perlawanan pada Kejohanan Perlawanan ‘Road to Thailand Fighting Championsh­ip 1.0 Mixed Martial Arts Fighting Championsh­ip’ di Sarawak Mixed Martial Arts Sports Hub (SMASH) di sini Sabtu lalu.

“Saya benar-benar gembira memenangi kejohanan antarabang­sa besar pertama diadakan di Kuching buat pertama kalinya.

“Sebenarnya, saya tidak yakin untuk menang tetapi saya fokus cuba melakukan yang terbaik.

“Saya pernah bertarung dan menang pada kejohanan tempatan dan kebangsaan sebelum ini, tetapi bagi saya

ini adalah pengalaman menakjubka­n dan saya rasa sangat mencabar dan mengujakan,” kata pemenang pingat emas tinju lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014 bagi kategori 56kg berasal dari Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan itu.

Pada masa sama, Muhammad Aisamuddin berharap mencapai tahap lebih tinggi selain mendapat sokongan

daripada semua pihak untuk perlawanan di Bangkok nanti.

Turut serta bersama Muhammad Aisamuddin pada TFC di Bangkok Disember nanti ialah John Cris Ho dari FIGHTX menewaskan Loh Tuan Guan dari Rebel Boxing Club dalam acara welterweig­ht (77.1kg hingga 83.9kg).

‘Road to Thailand Fighting

Championsh­ip 1.0’ adalah pertama daripada acara kelayakan untuk grand final ke TFC yang akan diadakan di Stadium World Siam, Bangkok.

TFC 2.0 dan TFC 3.0 diadakan di Sri Lanka bulan depan dan Ogos sebelum TFC 4.0 dianjurkan di Kuching pada Oktober untuk memberi dua lagi slot kepada petinju terpilih.

 ?? ?? CABARAN: Peserta bersama pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankua­sa pengelola ‘Road to Thailand Fighting Championsh­ip 1.0 di Kuching, Sabtu lalu.
CABARAN: Peserta bersama pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankua­sa pengelola ‘Road to Thailand Fighting Championsh­ip 1.0 di Kuching, Sabtu lalu.
 ?? ?? KE BANGKOK: Muhammad Aisamuddin (dua kiri) dan Ho John bersama penganjur acara, Tsan Nieng Khai (kiri) dan Will Chope di Kuching, Sabtu lalu.
KE BANGKOK: Muhammad Aisamuddin (dua kiri) dan Ho John bersama penganjur acara, Tsan Nieng Khai (kiri) dan Will Chope di Kuching, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia