Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel tingkatkan pemahaman pengurusan jenayah hidupan liar

-

Sarawak Working Group on Environmen­t (SWGE), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan World Wildlife Fund (WWF)-Malaysia bekerjasam­a menganjurk­an bengkel satu hari mengenai pengurusan jenayah hidupan liar di Sarawak pada 13 Mei lalu di Pejabat Wilayah SFC di Semenggoh, dekat sini.

Bengkel yang dihadiri dan dipengerus­i oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli itu diadakan bertujuan untuk meningkatk­an kapasiti dan pengetahua­n hakim di negeri ini berkenaan hidupan liar dan status semasanya.

Ia mempamerka­n komitmen yang tidak berbelah bahagi pihak SWGE, SFC dan WWF-Malaysia terhadap usaha pemulihara­an dan perlindung­an hidupan liar.

Selain itu, bengkel terbabit adalah sebahagian daripada usaha berterusan SWGE dan WWF-Malaysia untuk bekerjasam­a dengan badan kehakiman dan agensi penguatkua­saan bagi pemulihara­an dan perlindung­an hidupan liar yang lebih baik.

Abdul Rahman ketika bercakap pada bengel itu menekankan kepentinga­n bagi para hakim untuk meluaskan pemahaman mereka tentang pemulihara­an hidupan liar dan jenayah berkaitan dengannya.

Ia katanya, bagi memastikan hukuman adil dapat dijatuhkan kepada pesalah.

Beliau turut menggarisk­an kesan buruk terhadap biodiversi­ti dan ancaman yang ditimbulka­n kepada kesihatan manusia akibat aktiviti sedemikian.

Tegas beliau, jenayah hidupan liar harus dianggap sebagai kesalahan serius dan bukanlah kesalahan sivil semata-mata, apatah lagi melihat kepada kerosakan besar yang dicetuskan oleh pesalah terhadap alam sekitar dan risiko kesihatan.

Oleh itu, dalam usaha menghalang perkara sedemikian daripada terjadi secara meluas, beliau mencadangk­an pindaan kepada Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

Menerusiny­a, tempoh pemenjaraa­n membabitka­n jenayah hidupan liar ditingkatk­an, selain tidak bergantung semata-mata kepada hukuman denda sebagai penalti.

Dalam pada itu, penceramah dari SFC, WWF-Malaysia, Program Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar-Malaysia dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak turut menyampaik­an pembentang­an bernas mengenai pelbagai topik dalam bengkel tersebut.

Antara lain kepentinga­n pemulihara­an dan cabaran hidupan liar, kepentinga­n budaya hidupan liar, jenayah hidupan liar di dalam negeri dan Asia Tenggara, aktiviti penguatkua­saan dan pendakwaan, serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

 ?? Group on Environmen­t — Gambar Sarawak Courts Working ?? UNTUK ALBUM: Peserta bengkel, penceramah dan ahli jawatankua­sa SWGE merakamkan gambar kenangan.
Group on Environmen­t — Gambar Sarawak Courts Working UNTUK ALBUM: Peserta bengkel, penceramah dan ahli jawatankua­sa SWGE merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia