Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat rawatan Madinah lengkap pelbagai kemudahan, doktor pakar

- — Bernama

Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Madinah yang menjadi premis pertama memperoleh kebenaran pengoperas­ianpusatke­sihatan untukjemaa­hhajidarik­erajaan Arab Saudi, dilengkapi pelbagai kemudahan dan doktor pakar.

Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterap­i, ambulans dan makmal perubatan.

Beliau berkata pusat rawatan yang beroperasi 24 jam melibatkan keseluruha­n 59 petugas itu turut menempatka­n doktor pakar kecemasan, bius, perubatan keluarga dan kesihatan awam.

“Pusat Rawatan Madinah ini boleh dikategori­kan sebagai sebuah hospital rujukan daripada klinik-klinik yang terdapat di zon (hotel penginapan jemaah haji Malaysia) kerana kita mempunyai kepakaran tertentu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, jika jemaah haji yang dibawa ke pusat rawatanber­kenaantida­kdapat distabilka­n, memerlukan pemeriksaa­n lanjut atau pembedahan, pihaknya akan merujuk pesakit berkenaan ke hospital Arab Saudi.

Selain itu, Dr Abdul

Jalil berkata pihaknya juga mempunyai pasukan perubatan terminal haji yang ditempatka­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini.

Beliau berkata pasukan tersebut akan melakukan saringan kesihatan secara cepat terhadap jemaah haji yang tiba dari Malaysia sebelum mereka menaiki bas ke hotel penginapan masing-masing.

“Pasukan ini berada di lapangan terbang sebab mereka boleh tengok keadaan jemaah haji bila keluar daripada pesawat…kita boleh nampak jemaah haji itu sedang sakit dada, atau sesak nafas atau berjalan terhuyungh­ayang sebab ada jemaah haji tertinggal makan ubat,” katanya menambah pasukan tersebut akan memberikan rawatan segera jika berlaku situasi berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Pusat Rawatan TH Madinah lulus saringan dan pemeriksaa­n ketat Kementeria­n Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama memperoleh kebenaran pengoperas­ian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi, buat dua tahun berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia