Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea mengumumka­n pelantikan Jurasek sebagai CEO baharu

-

Kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea mengumumka­n pelantikan Chris Jurasek sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka pada Selasa, dengan presiden perniagaan kelab, Tom Glick, akan meninggalk­an kelab selepas kurang dari setahun.

Selepas menamatkan musim di tangga ke-12 liga pada musim pertama pemilikan baharu kelab, Chelsea melantik Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu pada Isnin, dengan kelab dari ibu kota London itu mahu kembali semula ke era kegemilang­an yang dinikmati semasa era pemilikan Roman Abramovich.

Jurasek, seorang eksekutif di Kumpulan Clearlake Capital yang dimiliki Todd Boehly, akan menyelia semua bidang perniagaan di Chelsea dan melaporkan kepada ahli lembaga kelab bersama-sama pengarah teknikal bersama, Laurence Stewart dan Paul

Winstanley.

“Saya berasa gembira untuk menyertai Chelsea, semua kelab yang diminati dan diikuti di seluruh dunia,” kata Jurasek dalam satu kenyataan. “Saya berasa sangat bangga untuk mengetuai kelab ke babak baharu dalam sejarahnya yang kaya.

“Kami mempunyai peluang yang sangat besar untuk berkembang dalam dan luar padangdanm­elibatkand­iridengan penyokong luar biasa kami di

London dan juga di mana-mana jua asal usul mereka.”

Behdad Eghbali dan Jose E Feliciano, juga pemilik bersama kelab bersama-sama Boehly, berkata: “Kemahiran dan kepakaran Chris akan membantu kami membawa kelab ke hadapan dalam semua bahagian, terutama sekali dalam menyokong pelan jangka panjang untuk Chelsea.

Glick, yang juga bekas eksekutif Manchester City, meninggalk­an kelab selepas hanya dilantik pada bulan Julai tahun lepas.

Awal bulan ini, akhbar The Guardian melaporkan Chelsea telah melantik firma guaman untuk menilai sama ada Glick bertindak sewajarnya apabila dia memberitah­u seorang ejen pemain wanita bahawa aduan terhadapny­a tentang tingkah laku seorang eksekutif kelab tidak menarik perhatiann­ya dan tidak mempunyai kaitan dengan tugasnya. —AFP

 ?? PAVARD ??
PAVARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia