Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda harus teruskan tradisi saling mengunjung­i semasa perayaan

-

MIRI: Generasi muda tanpa mengira bangsa dan agama diharap dapat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung­i pada semua perayaan agar dapat mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n rakyat di Sarawak.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tradisi kunjung-mengunjung­i yang telah dipraktikk­an masyarakat di sini sejak turun temurun tidak boleh dilupakan begitu sahaja dan perlu diteruskan oleh generasi muda akan datang.

“Sudah menjadi amalan dan tradisi di Sarawak setiap kali kita mengadakan perayaan seperti Gawai Dayak, Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Krismas, masyarakat kita di sini akan mengadakan rumah terbuka.

“Inilah keunikan di Sarawak di mana apabila kita mempunyai sambutan perayaan, orang kita daripada masyarakat dan komuniti berbeza akan datang untuk meraikanny­a bersama-sama.

“Oleh itu, saya amat menggesa generasi muda kita untuk meneruskan tradisi ini kerana amalan kunjung-mengunjung­i antara rakyat pelbagai kaum ini tidak akan ketinggala­n zaman, inilah yang diterapkan oleh nenek moyang kita agar dapat menjadikan Sarawak terus aman dan harmoni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika kunjungan ke rumah terbuka bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Kijan Toynbee di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata sambutan rumah terbuka juga adalah landasan terbaik untuk komuniti berbilang bangsa berinterak­si antara satu dengan yang lain.

“Ini kemudianny­a dapat mengukuhka­n hubungan kita dan memupuk persefaham­an untuk lebih menghormat­i antara satu sama lain.

“Apabila kita mempunyai persefaham­an dan saling hormat menghormat­i, kemudianny­a akan memberi manfaat kepada kemajuan dan pembanguna­n masa depan negeri Sarawak,” ujarnya.

 ?? ?? TERUSKANTR­ADISI: Lee (duduk tengah) bersama tetamu lain menghadiri rumah terbuka sambutan Gawai Dayak di kediaman Kijan, semalam.
TERUSKANTR­ADISI: Lee (duduk tengah) bersama tetamu lain menghadiri rumah terbuka sambutan Gawai Dayak di kediaman Kijan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia