Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera dihempap ranting pokok semasa keluar Gua Rusa

Mangsa sebahagian daripada sekumpulan pelancong lawat Mulu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Pemandu pelancong tersebut memaklumka­n sedang membawa pelancong seramai 16 orang dan tiga pelancong di bawah jagaan beliau telah dihempap ranting kayu dalam perjalanan keluar dari Gua Rusa menuju ke pejabat Taman Negara Mulu.

MIRI: Tiga remaja cedera selepas dihempap ranting pokok yang tumbang di Jambatan Sungai Paku ketika dalam perjalanan keluar dari Gua Rusa, Taman Negara Mulu dekat sini, lewat petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 14 tahun serta seorang perempuan berusia 13 tahun.

Menurutnya, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Taman Negara Mulu Kenneth Nilong menerima panggilan daripada seorang pemandu pelancong pada jam 6 petang yang memaklumka­n kejadian terbabit.

“Pemandu pelancong tersebut memaklumka­n sedang membawa pelancong seramai 16 orang dan tiga pelancong di bawah jagaan beliau telah dihempap ranting kayu dalam perjalanan keluar dari Gua Rusa menuju ke pejabat Taman Negara Mulu.

“Kenneth yang berada di

lokasi kejadian pada masa itu telah membuat panggilan ke pejabat taman negara menggunaka­n walkie-talkie bagi memohon bantuan dan sementara menunggu bantuan tiba, beliau yang ada membawa kit pertolonga­n cemas telah memberikan rawatan awal ke atas tiga mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khirudin berkata, seramai tiga anggota MOCSAR bergerak ke lokasi kejadian yang mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki untuk membantu membawa

keluar mangsa.

“Ketiga-tiga mangsa selamat dalam kejadian terbabit. Seorang mangsa dibawa keluar menggunaka­n pengusung kerana tidak dapat berjalan akibat kecederaan di bahagian belakang, manakala dua lagi mangsa masih dapat berjalan kaki.

“Ketiga-tiga mangsa kemudianny­a dihantar ke Klinik Kesihatan Mulu untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Seorang mangsa yang cedera di bahagian belakang dinasihatk­an untuk balik ke

Datu Khirudin Drahman Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak

Miri dan membuat rawatan lanjut di Miri pada Jumaat,” ujarnya.

Operasi menyelamat­kan ketiga-tiga mangsa itu sehingga selesai menerima rawatan di klinik tamat pada jam 11.30 malam.

 ?? ?? DISELAMATK­AN: MOCSAR Taman Negara Mulu berusaha membawa keluar salah seorang mangsa yang mengalami kecederaan menggunaka­n pengusung.
DISELAMATK­AN: MOCSAR Taman Negara Mulu berusaha membawa keluar salah seorang mangsa yang mengalami kecederaan menggunaka­n pengusung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia