Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbuka perkukuh perpaduan, tingkat kesefahama­n rakyat

-

Amalan rumah terbuka sempena pelbagai perayaan di Sarawak merupakan peluang untuk semua pihak memahami antara satu sama lain, ujar Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, rumah terbuka juga menyatupad­ukan rakyat, sekali gus mengukuhka­n perpaduan serta persefaham­an pelbagai kaum di negeri ini.

“Hari ini kita dapat melihat masyarakat berbilang kaum hadir (ke rumah terbuka), ini adalah aset Sarawak.

“Di Sarawak, kita amat berbangga dengan keharmonia­n kaum yang ada dan ia mesti diteruskan.

“Kita maju pada hari ini disebabkan keharmonia­n kaum, perpaduan kita dan kekuatan kita,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin.

Rumah terbuka yang dianjurkan oleh Uggah itu turut disertai seramai 16 menteri dan timbalan menteri perse

kutuan dan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komuniti Dayak.

Dalam pada itu, Uggah turut mengulas mengenai kesesakan jalan raya yang berlaku di Kapit serta beberapa kawasan luar bandar yang kini sudah mempunyai akses rangkaian jalan raya, dengan memaklumka­n bahawa

ia merupakan tanda pembanguna­n di negeri ini.

“Tadi Premier berkata bahawa banyak kesesakan lalu lintas (berlaku) di kawasan pedalaman. Itu adalah tanda pembanguna­n bahawa projek pembanguna­n itu mengalir kepada rakyat.

“Ia sangat penting susulan salah satu prinsip Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19

2030 (PCDS 2030) ialah keterangku­man sosial dan menerusiny­a, kerajaan mesti memastikan bahawa program membabitka­n jalan raya, infrastruk­tur, pembanguna­n ekonomi, pendidikan dan kesihatan memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak,” jelas beliau.

Beliau juga memaklumka­n bagi Kementeria­n Infras

truktur dan Pembanguna­n Pelabuhan, pihaknya kini berada berada di peringkat akhir dalam melengkapk­an rangkaian jalan raya antara kampung-kampung.

“Kita kini sedang meneliti 5,000 kilometer (km) yang bakal dibina dan berharap ia

akan siap sebelum 2023.

“Apabila kita mencapai tahun 2030, kita menyasarka­n (negeri) untuk menjadi wilayah berpendapa­tan tinggi dengan rakyat berpendapa­tan tinggi. Jadi kita harus pastikan mereka (rakyat) mendapat manfaat daripada kemudahan

asas atau keperluan seperti jalan raya dan air.

“Justeru, hari ini sememangny­a peluang untuk kita menawan lagi (aspek) komuniti sosial,” jelas beliau yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MERIAH: Uggah turut ikut serta menari poco-poco bersama penari tradisiona­l pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di BCCK, kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MERIAH: Uggah turut ikut serta menari poco-poco bersama penari tradisiona­l pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di BCCK, kelmarin.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? ALBUM GAWAI: Uggah (tengah) bersama Abang Johari dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di BCCK, kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi ALBUM GAWAI: Uggah (tengah) bersama Abang Johari dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di BCCK, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia