Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Khidmat Parlimen Sibu anjur tayangan filem ‘Anwar The Untold Story’ pada 4 Jun ini

-

Pusat Khidmat Parlimen Sibu akan menganjurk­an tayangan filem ‘Anwar - The Untold Story’ di King’s Trioplex Sibu pada 4 Jun ini jam 7 malam.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, sebanyak 170 tiket menonton filem tersebut disediakan percuma kepada orang ramai.

Beliau berkata, tiket tayangan tersebut boleh didapati di pusat khidmatnya sehingga Ahad ini

“Kepada sesiapa berminat boleh mendapati tiket percuma ini di pusat khidmat saya sehingga Ahad ini. Sebanyak 170 keping tiket disediakan, siapa cepat dia dapat,” katanya di laman sosial, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, filem ini merupakan biografi politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta monolog dalaman Anwar dan pengalaman realistik tentang perubahan hidup beliau.

Beliau berkata, tempoh dari 1998 hingga 2008 adalah saat genting apabila Anwar ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dipenjarak­an dan seluruh Malaysia menggerakk­an demokrasi.

“Ini sudah pasti merupakan perjalanan penting bagi negara kita menuju ke arah demokrasi, dan 10 tahun ini juga merupakan tempoh yang

penting untuk perjuangan demokrasi di Malaysia.

“Tahun 2008 merupakan pusingan pertama tsunami politik di Malaysia, dan empat negeri telah mengalami perubahan,” ujarnya.

Ling memberitah­u, tempoh sejarah ini adalah asing bagi golongan muda pasca tahun 2,000 dan beliau percaya menerusi tontonan filem ini ia dapat mengingatk­an golongan muda bahawa ‘Semangat Pergerakan Demokrasi Tidak Pernah Padam’ mempunyai impak penting kepada demokrasi negara dan juga merupakan permulaan untuk mempromosi­kan proses demokrasi.

“Demokrasi yang dimenangi dengan susah payah pada hari ini adalah hasil perjuangan rakyat setapak demi setapak pada masa yang lalu. Jalan menuju demokrasi memerlukan kita untuk terus berjalan beriringan.

“Kami berharap rakyat akan terus membakar semangat demokrasi dan membina Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang lebih matang,” tegasnya lagi.

Ling menambah tujuan asal pusat khidmatnya menganjurk­an tayangan filem tersebut adalah untuk mendidik rakyat tentang kesuburan demokrasi di negara ini.

 ?? ?? WAYANG PERCUMA: Tiket wayang percuma disediakan oleh Pusat Khidmat P.212 Sibu.
WAYANG PERCUMA: Tiket wayang percuma disediakan oleh Pusat Khidmat P.212 Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia