Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa amal pemanduan berhemah

-

BINTANGOR: Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mengamalka­n pemanduan berhemah, bertolak ansur dan bertimbang rasa ketika memandu di jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sikap dan amalan itu jika dipraktikk­an dengan baik mampu mengurangk­an dan mengelak kemalangan.

“Bagi pemandu balik ke kampung dan bakal kembali ke tempat kerja atau bandar selepas meraikan sambutan Hari Gawai, kita memohon sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

“Jika mengantuk atau letih semasa memandu, berehatlah di lokasi selamat bagi mencegah berlaku kejadian tidak diingini.

“Selain itu, sikap bersabar serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya juga amat penting agar semua dapat sampai ke destinasi ditujui dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program

Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya sempena perayaan Hari Gawai peringkat Bahagian Sarikei 2023 di sini, baru-baru ini.

Ding turut mengingatk­an pengguna jalan raya agar merancang dengan bijak perjalanan mereka bagi memastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak berhadapan kesesakan.

“Kita menggesa pengguna jalan raya bersama menjayakan kempen keselamata­n dengan mengurangk­an jumlah kemalangan dan memastikan tiada kehilangan jiwa akibat kemalangan.

“Pastikan pada tahun ini, jumlah dan kadar kemalangan jalan raya dapat kita dikurangka­n daripada tahuntahun sebelumnya.

“Bagi merealisas­ikan visi ini, komitmen dan kerjasama semua pihak amatlah diperlukan demi manfaat bersama,” jelasnya.

Ding turut mengagihka­n topi keledar kepada penunggang motosikal dan menyampaik­an risalah berkaitan keselamata­n jalan raya kepada pengguna jalan raya.

 ?? ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Ding menghadiri program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya sempena perayaan Hari Gawai Peringkat Bahagian Sarikei.
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Ding menghadiri program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya sempena perayaan Hari Gawai Peringkat Bahagian Sarikei.
 ?? ?? KEMAS: Ding memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal pada program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya sempena Hari Gawai di Sarikei.
KEMAS: Ding memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal pada program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya sempena Hari Gawai di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia