Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan berbukit, curam dekat CIQ Mengkalap menakutkan

Penduduk mohon pihak berkaitan ambil inisiatif meratakan jalan agar laluan lebih selamat dan trafik menjadi lancar

- Oleh Mastura Ismail Mohd Nur Khairul Punggut Penduduk

LAWAS: Penduduk dan pengguna jalan raya mendakwa mereka terdedah bahaya dan berdepan risiko kemalangan setiap kali melalui jalan sempit, berbukit dan curam berhampira­n Pos Sempadan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Mengkalap, Trusan dekat sini.

Menurut mereka, laluan berbukit dan curam dengan ketinggian lebih lima meter itu sudah berlarutan hampir puluhan tahun dan belum ada usaha meratakan dan membuat laluan lebih selamat serta laluan trafik menjadi lancar.

Seorang penduduk, Mohd Nur Khairul Punggut berkata keadaan jalan berbukit dan curam itu pernah mengundang kemalangan apabila sebuah treler sarat membawa muatan batu rosak da terbalik di laluan terbabit dalam kejadian pada 2019.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 10 pagi itu menyebabka­n Jalan Mengkalap

Trusan tidak dapat dilalui lebih lima jam kerana muatan batu bata dibawa treler terbabit menutup keseluruha­n jalan raya tersebut.

“Melalui jalan terbabit merupakan pengalaman menyeramka­n dan menakutkan kerana keadaan berbukit dan curam, nyawa kami seolah-olah berada dalam keadaan bahaya.

“Sampai bila kami perlu melalui jalan menakutkan dan mengundang bahaya itu,” katanya kepada media di sini, semalam.

Penduduk Kampung Dato Kuala Lawas itu berkata, banyak aduan diterima daripada penduduk dan pengunjung setiap kali melalui jalan berkenaan.

“Mengapa sehingga hari ini

belum ada usaha meratakan dan membina laluan lebih selamat kepada pengguna laluan terbabit agar risiko kemalangan dan kesesakan dapat di atasi,” jelasnya.

Beliau berharap kerajaan negeri melalui agensi berkaitan lebih cakna dan bertindak proaktif memahami masalah yang dihadapi rakyat itu.

“Jika pengguna mengalami

kemalangan atau apa-apa insiden disebabkan kecuaian agensi terbabit, orang awam atau individu boleh membawa kes ke mahkamah di bawah undang-undang ‘tort’ iaitu kecuaian.

“Diharap pihak berwajib segera membuat pemantauan dan memberi maklum balas dengan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

“Melalui jalan terbabit merupakan pengalaman menyeramka­n dan menakutkan kerana keadaan berbukit dan curam, nyawa kami seolah-olah ” berada dalam keadaan bahaya.

 ?? ?? SERAM: Jalan curam meresahkan penduduk kerana berisiko berdepan kemalangan setiap kali melalui jalan raya terbabit.
SERAM: Jalan curam meresahkan penduduk kerana berisiko berdepan kemalangan setiap kali melalui jalan raya terbabit.
 ?? ?? CURAM: Jalan berhampira­n CIQ Mengkalap Trusan yang berbukit, curam mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk berdekatan.
CURAM: Jalan berhampira­n CIQ Mengkalap Trusan yang berbukit, curam mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia