Utusan Borneo (Sarawak)

MBM meterai perjanjian kerjasama dengan Kota Tangerang Selatan

-

Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini menjalin hubungan persahabat­an dengan Kota Tangerang Selatan di Wilayah Banten Republik Indonesia.

Kota tersebut merupakan bandar luar negara keenam dipilih bekerjasam­a dengan bandar raya Miri untuk pelbagai pembanguna­n memanfaatk­an kedua pihak.

Datuk Bandar Adam Yii berkunjung ke Tangerang Selatan untuk menandatan­gani surat perjanjian kerjasama bersama Datuk Bandar Benyamin Davnie kelmarin.

MBM dalam kenyataan medianya berkata, kerjasama melibatkan sektor pelanconga­n dan ekonomi kreatif, kebudayaan dan pendidikan.

Lima bandar lain yang bekerjasam­a dengan MBM ialah Hualian Taiwan, WeiHai di wilayah Shandong Republik China, La Trinidad di Fili

pina, Gochang di Republik Korea dan Singkawang di Republik Indonesia.

MBM sekarang dalam proses untuk menjalinka­n hubungan sama dengan bandar Naning di wilayah Guangxi dan bandar Zhangzhou di wilayah Fujian di China. Kota Tangerang Selatan terletak 30km dari sempadan barat daya Jakarta, membentuk

sebahagian dari kawasan metropolit­an Jakarta serta merupakan bandar kedua terbesar di Banten mengikut jumlah populasi penduduk.

Ia telah berkembang pesat bukan sahaja sebagai bandar satelit Jakarta tetapi juga pembanguna­n daerah perniagaan dan perdaganga­n disebabkan pembanguna­n bandar terancang berskala

besar oleh pemaju swasta.

Penjajaran semula pelan stategik MBM dalam aspek ini adalah untuk mengukuhka­n usahanya untuk memudahkan aktiviti perdaganga­n dan ekonomi termasuk program pertukaran pendidikan, kebudayaan dan sukan yang boleh merangsang pembanguna­n ekonomi bandar raya Miri.

 ?? ?? BEKERJASAM­A: (Dari lima kiri) Benyamin dan Yii menunjukka­n surat perjanjian kerjasama antara Miri dan Tangerang Selatan.
BEKERJASAM­A: (Dari lima kiri) Benyamin dan Yii menunjukka­n surat perjanjian kerjasama antara Miri dan Tangerang Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia