Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Malaysia Madani di Kudat catat kejayaan

-

Forum Malaysia Madani berjaya menghurai secara terperinci berkenaan objektif serta gagasan Malaysia Madani serta hala tuju kerajaan Sabah, Sabah Maju Jaya (SMJ).

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad berkata, kedua-dua gagasan dan pendekatan itu sangat holistik dan amat perlu untuk dihadam oleh rakyat supaya manfaatnya akan lebih terasa.

“USIA dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TugasTugas Khas) Jabatan Ketua Menteri, berasa teruja dengan peranan yang diamanahka­n untuk melaksanak­an Forum Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya ini,” katanya semasa berucap pada Forum Malaysia Madani: Keharmonia­n Dalam Kepelbagai­an bagi Peringkat Zon Pantai Barat Utara di sini semalam.

Bercakap lanjut mengenai forum terbabit, Sapawi berkata pemilihan Kudat sebagai tuan rumah Forum Malaysia Madani adalah disebabkan daerah berkenaan merupakan tempat bersejarah memandangk­an di sini lahirnya seorang Pejuang Ulung Kemerdekaa­n Sabah iaitu Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun.

“Individu yang bersemanga­t kental ini juga mengilhamk­an penubuhan USIA demi untuk memartabat­kan perjuangan Islam.

“Peranan penting ini kemudian diteruskan oleh pemimpin USIA sehinggala­h ke era ini dan saya juga diamanahka­n untuk memimpin USIA.

“Jika dihayati perjuangan Almarhum, jelaslah bahawa cita-cita dan impian beliau tidak jauh bezanya dengan aspirasi kepimpinan yang ada pada masa ini iaitu Malaysia Madani,” katanya.

Menurutnya, Forum Malaysia Madani bagi Zon Pantai Barat Utara adalah siri ketiga daripada enam siri Forum Malaysia Madani yang dirancang oleh USIA, bersama dengan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri.

“Forum pertama diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) pada 9 Mac lalu dan siri kedua disempurna­kan di Sandakan pada 17 Mei yang dihadiri hampir 1,000 orang peserta serta mendapat sambutan luar dugaan.

“Sebenarnya matlamat untuk menganjurk­an Forum Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya dipersetuj­ui oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semasa rombongan USIA mengadakan perbincang­an

Februari lalu.

“Malah, USIA satu-satunya NGO yang terawal menyahut seruan untuk menjelaska­n Gagasan Malaysia Madani kepada masyarakat di Sabah,” katanya.

Tambahnya, walaupun USIA hanyalah sebuah NGO, tetapi peranan dan tanggungja­wab Pertubuhan ini meliputi aspek Pembanguna­n Ummah serta memelihara hubungan baik dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Sudah tentu selaku Yang Dipertua USIA, saya berasa gembira kerana Pertubuhan ini diberi tanggungja­wab untuk membincang­kan Gagasan Malaysia Madani yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Secara ringkasnya, Gagasan Malaysia Madani memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaa­n selain bertujuan mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan menjadi asas penting dalam konteks falsafah negara

Madani,” katanya.

Katanya, tiga ahli panel akan menghuraik­an Gagasan Malaysia Madani dengan lebih terperinci iaitu Datuk Dr Amin Senin mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Rahman Yakub dan Ahli Majlis Tertinggi USIA Ustaz Rafaeh Enarji, dengan Moderator dari Bahagian Pantai Barat Utara Mohd Ibnu Fakri Vermond yang akan mengendali­kan forum.

Tambahnya, USIA Pusat akan terus berjuang menjaga kepentinga­n umat Islam seperti mana terkandung dalam matlamat perjuangan USIA yang umumkan oleh Almarhum Tun Datu Mustapha semasa mengumumka­n penubuhan di Kota Kinabalu 54 tahun lalu.

“USIA Pusat akan tetap bersama dengan semua USIA Bahagian, khasnya USIA Kudat untuk melihat supaya martabat, imej dan matlamat Pertubuhan kita ini kekal relevan,” katanya.

 ?? ?? BERJAYA: Forum Malaysia Madani mendapat sambutan memberangs­angkan.
BERJAYA: Forum Malaysia Madani mendapat sambutan memberangs­angkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia