Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Labuan dinobat johan pertanding­an bahas Bahasa Inggeris

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Bahas Bahasa Inggeris Tahun 2023 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pasukan SMK Labuan yang dibimbing oleh guru-guru Bahasa Inggeris SMK Labuan dianggotai oleh Nicole Grace Wong (Tingkatan 4), Wong Yan Yee (Tingkatan 4), Hana Syazana Hamsah (Tingkatan 3), Adam Danial Montallana (Tingkatan 3) dan Harleen Kaur A/P Sukvinderj­eet Singh (Tingkatan 1).

Kemenangan itu lebih bermakna apabila pembahas SMK Labuan, Hana Syazana dipilih sebagai Pembahas Terbaik.

Hana Syazana berkata, latihan yang berterusan, semangat berpasukan dan motivasi yang diberikan oleh guru-guru pembimbing serta ibu bapa menjadi pemangkin kejayaan bagi SMK Labuan.

Pengetua SMK Labuan,

Mohd Nizam Yasim mengucapka­n tahniah kepada pembahas SMK Labuan yang muncul johan dan meraih anugerah pembahas terbaik pada kali ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing serta sokongan ibu bapa.

“Semoga lebih banyak kejayaan bakal dilakar SMK Labuan pada tahun ini,” katanya.

Naib johan dimenangi SM St Anne yang tewas kepada SMK Labuan dipusingan akhir yang berlangsun­g di Dewan Mutiara, SMK Labuan pada 25 Mei lalu.

Tempat ketiga disandang bersama SMK Pantai dan SMK Mutiara.

Setiausaha Pengelola Pertanding­an, Nasthashia Masiri berkata, pertanding­an selama tiga hari yang bermula 22 sehingga 25 Mei itu telah menarik penyertaan sebanyak lapan buah sekolah menengah iaitu SMK Pantai, SMK Lajau, SM St Anne dan SM St

Anthony.

Selain itu, SMK Mutiara, SMK Rancha-Rancha, SMK Perumahan Bedaun dan tuan rumah, SMK Labuan.

Beliau yang juga Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Labuanberk­ata,Pertanding­an Bahas tahun ini dikelolaka­n oleh SMK Labuan melibatkan 23 orang juri yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan selaku pihak penganjur.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah berbentuk piala dan sijil disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembanguna­n Murid Jabatan Pendidikan Labuan, Minggu Amat.

Dalam ucapannya, Minggu mengharapk­an agar pertanding­an ini dapat mencungkil bakat dalam kalangan murid sekolah, terutamany­a kebolehan untuk mengemukak­an hujah-hujah berkualiti berkaitan sesuatu tajuk.

 ?? ?? JUARA: Minggu (lima kanan) bersama pasukan Bahas Bahasa Inggeris SMK Labuan 2023 merakamkan gambar kenangan.
JUARA: Minggu (lima kanan) bersama pasukan Bahas Bahasa Inggeris SMK Labuan 2023 merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia