Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 14,855 warga asing didaftarka­n

Data dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum laksanakan pendataan seterusnya

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seramai 14,855 warga asing didaftarka­n dalam projek pendataan pilot di beberapa ladang kelapa sawit milik Kumpulan Syarikat Sawit Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan berkata, dapatan data akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri 14 Jun depan sebelum melaksanak­an proses pendataan seterusnya.

“Proses pendataan yang membabitka­n semua warga asing melibatkan semua pemegang kad IMM13, Sijil Banci MKN, Dokumen JKM (Burung-Burung) dan semua warga asing yang bekerja di Sabah berjaya diselesaik­an.

“Sebaik laporan ini disampaika­n kepada mesyuarat Kabinet kita akan melaksanak­an pendataan lain yang dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet di Penerangan Sabah di Pejabatnya di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini, semalam.

Katanya, sepanjang proses pendataan dijalankan, pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada pihak majikan dan pekerja ladang

sendiri.

“Hasil dapatan menunjukka­n setengah daripada jumlah itu adalah dalam kalangan pekerja asing yang sah, bagaimanap­un sebahagian besar termasuk tanggungan adalah tidak sah untuk bekerja di negara ini.

“Proses pendataan meliputi keseluruha­n kawasan di Sabah termasuk kawasan setinggan dan pulau, bagaimanap­un

kita akan menjalanka­n proses berasingan kepada golongan palauh berikutan keadaan mereka berbeza berbanding warga asing yang datang ke negara ini,” katanya.

Semasa ditanya sama ada prose terbabit adalah dijalankan bersama agensi penguat kuasa serta pihak keselamata­n, beliau berkata pihaknya hanya melakukan pendataan dan tidak membabitka­n operasi berkaitan penguatkua­saan.

“Prosedur pendataan memerlukan kita mengambil data yang terperinci dan semestinya memerlukan ketersedia­an daripada warga asing itu sendiri.

“Buat masa ini kita menjalanka­n proses pendataan tanpa membabitka­n agensi lain, bagaimanap­un kerjasama antara agensi akan dilakukan sebaik kesemua proses selesai berikutan pendataan ini dibuat bagi mengetahui jumlah sebenar penduduk di Sabah termasuk warga asing yang bekerja di pelbagai sektor termasuk perladanga­n, pembinaan, perkhidmat­an dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, pendataan itu juga bertujuan mengumpul maklumat berkaitan jumlah sebenar pekerja asing di Sabah termasuk yang tidak memiliki sebarang dokumen atau tinggal melebihi tempoh.

 ?? ?? MESYUARAT: Jeffrey (dua kanan) semasa mempengeru­sikan mesyuarat itu di PPNS di sini.
MESYUARAT: Jeffrey (dua kanan) semasa mempengeru­sikan mesyuarat itu di PPNS di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia