Utusan Borneo (Sarawak)

OUM anjur majlis ramah-tamah dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, pra-Gawai

- Sumbangan Haziq Ahmad Zaki

ramah-tamah dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Kuching baru-baru ini amat meriah dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada warga OUM. Program kali ini agak istimewa kerana digabungka­n dengan majlis rumah terbuka pra-Gawai Dayak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudianny­a diselangi dengan ucapan daripada Pengarah OUM Kuching Hamimah Kipli.

Seperti kebiasaan pada majlis jamuan Aidilfitri, warga OUM dihidangka­n dengan juadahjuad­ah yang sinonim dengan Hari Raya iaitu ketupat, rendang, nasi putih, nasi briyani, lemang, sate ayam, sate daging, mi kolok dan banyak lagi.

Selain menjamu selera majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahka­n dengan pelbagai persembaha­n seperti karaoke, deklamasi puisi, cabutan bertuah dan sebagainya. Para tetamu juga menyerikan lagi majlis dengan nyanyian beberapa lagu sempena Hari Raya dan Hari Gawai Dayak serta persembaha­n tarian poco-poco.

Majlis kali ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai juadah dan aktiviti malah ia turut diserikan dengan tema pakaian warga OUM seperti baju kurung, baju Melayu lengkap dengan sampin serta songkok, selain pakaian peribumi lain yang menggambar­kan suasana ceria sambutan Aidilfitri dan Gawai Dayak.

Sementara itu, pada masa sama pihak universiti juga telah mengadakan hari terbuka untuk kemasukan semester Mei 2023. Hari terbuka tersebut memaparkan kelebihan dan kemudahan yang disediakan OUM seperti diskaun harga untuk pelajar dalam kalangan golongan istimewa serta warga emas, 5 peratus diskaun pembelajar­an secara dalam talian, rebat istimewa dan tanpa minimum yuran untuk guru KAFA yang mengambil jurusan Pengajian Islam.

 ?? ?? SANTAPAN JIWA: Penulis berpeluang mendeklama­si sebuah puisi.
SANTAPAN JIWA: Penulis berpeluang mendeklama­si sebuah puisi.
 ?? ?? SILAKAN: Para pelajar, alumni, staf dan Pensyarah OUM mengambil juadah masing-masing.
SILAKAN: Para pelajar, alumni, staf dan Pensyarah OUM mengambil juadah masing-masing.
 ?? ?? DIRAI: Dua jenis kek dihidangka­n sempena Hari Ibu dan harijadi salah seorang warga OUM.
DIRAI: Dua jenis kek dihidangka­n sempena Hari Ibu dan harijadi salah seorang warga OUM.
 ?? ?? CERIA: Warga OUM ceria menikmati juadah yang disediakan penganjur.
CERIA: Warga OUM ceria menikmati juadah yang disediakan penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia