Utusan Borneo (Sarawak)

CPTPP: Fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-UK

Bakal membuka pintu bagi pertumbuha­n yang lebih baik: Fadillah

- Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

LONDON: Penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediaka­n tahap untuk fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

UK menyertai blok perdaganga­n CPTPP 11 ahli, selepas dua tahun rundingan.

“Ini bakal membuka pintu bagi pertumbuha­n yang lebih baik dan akses kepada pasaran baharu.”

“Kami menantikan perjanjian perdaganga­n UK dengan Malaysia buat kali pertama. Kerenah birokrasi akan berkuranga­n apabila perniagaan boleh menikmati operasi secara sama rata dengan firma tempatan dan penguranga­n tarif ke atas eksport produk serta menyediaka­n perniagaan dengan akses yang lebih luas kepada pasaran baharu,” katanya pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di sini.

Dilaporkan bahawa pakatan perdaganga­n itu menawarkan akses kepada pengguna dan perniagaan Britain ke salah satu rantau perdaganga­n bebas terbesar menurut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang bernilai kira-kira US$13.5 trilion dan pasaran dengan 500 juta populasi.

Turut hadir ialah Menteri Negara Britain di Jabatan Perniagaan dan Perdaganga­n Lord Dominic Johnson serta Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia

ke UK Datuk Zakri Jaafar.

Fadillah yang juga Menteri Perladanga­n dan Komoditi berkata penghargaa­n yang tinggi harus diberikan kepada para menteri UK dan pasukan perunding mereka yang telah memberi komitmen kepada CPTPP dengan semangat terbuka dan tinggi.

Beliau berkata antara perkara utama perundinga­n ialah perjanjian untuk mengurangk­an tarif import ke atas eksport minyak sawit Malaysia.

“Penguranga­n tarif terhadap minyak sawit adalah elemen standard untuk negaranega­ra CPTPP dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa UK sebagai pulangan, telah memperoleh peruntukan akses pasaran yang signifikan.”

Perlu diingat bahawa UK adalah negara Eropah pertama dan satu-satunya yang mempunyai visi dan komitmen untuk menyertai CPTPP - perjanjian perdaganga­n bebas terbesar di dunia.

“Itu adalah kenyataan

berani mengenai komitmen anda kepada Indo-Pasifik: rantau yang akan menentukan keselamata­n global dan persaingan ekonomi pada abad ke-21,” tegas Fadillah.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain meningkatk­an perdaganga­n, CPTPP memacu agenda dasar yang lebih luas, iaitu menangani perubahan iklim secara praktikal, realistik dan mengurangk­an kemiskinan dan menghapusk­an kebuluran serta mengurus kemajuan teknologi yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menangani cabaran bersama mengenai keselamata­n.

Perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan UK mencecah lebih US$7.3 bilion pada 2022, dengan UK mencatatka­n lebihan dagangan kira-kira US$786 juta.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkak­an eksport minyak sawit meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan bagi tahun 2023. — Bernama

Kami menantikan perjanjian perdaganga­n UK dengan Malaysia buat kali pertama. Kerenah birokrasi akan berkuranga­n apabila perniagaan boleh menikmati operasi secara sama rata dengan firma tempatan dan penguranga­n tarif ke atas eksport produk serta menyediaka­n perniagaan dengan akses yang lebih luas kepada pasaran baharu.

 ?? — Gambar Bernama ?? HUBUNGAN DUA HALA: Fadillah menyampaik­an ucap tama pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di 16 St James Square London.
— Gambar Bernama HUBUNGAN DUA HALA: Fadillah menyampaik­an ucap tama pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di 16 St James Square London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia