Utusan Borneo (Sarawak)

Bilik gerakan SPAN pantau kelestaria­n bekalan air sepanjang El-Nino

- — Bernama

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) menubuhkan bilik gerakan atau “war room” bermula kelmarin bagi menyelia dan memastikan kelestaria­n perkhidmat­an bekalan air di Semenanjun­g Malaysia dan Wilayah Persekutua­n Labuan sepanjang tempoh fenomena El-Nino.

Fenomena El-Nino diramal berlaku bermula 1 Jun sehingga 30 September 2023.

Menerusi kenyataan semalam, SPAN berkata objektif penubuhan “war room” itu antaranya untuk memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalka­n sumber air mentah kepada 354 loji rawatan air.

Bilik Gerakan itu juga berperanan menyelia operasi pembekalan air bersih secara berterusan kepada pengguna dan memastikan operator bekalan air mengambil langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku krisis bekalan air

SPAN berkata pengoperas­ian bilik gerakan itu bagaimanap­un tertakluk kepada perkembang­an terkini impak El-Nino kepada negara.

“Ia mungkin dilanjutka­n atau disingkatk­an bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan dari masa ke masa. Mengambil kira situasi semasa, pengguna dinasihatk­an untuk menggunaka­n air bersih secara berhemat bagi memastikan kelestaria­n bekalan,” katanya.

SPAN berkata pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkhidmat­an bekalan air ketika El-Nino.

SPAN turut menyediaka­n saluran komunikasi dan perkongsia­n maklumat melalui Talian Hotline: 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel : warroom@span. gov.my serta laman sesawang iaitu https://warroom.span. gov.my.

Beberapa agensi meteorolog­i antarabang­sa sebelum ini meramalkan pembentuka­n El Nino bermula pada pertengaha­n 2023 hingga awal 2024 dan banyak negara telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kesan buruk fenomena itu.

Fenomena El-Nino berlaku akibat perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia