Utusan Borneo (Sarawak)

50 pengganas maut ketika serang hendap konvoi makanan di Burkina Faso

- — AFP

Dua orang awam dan sekurangku­rangnya 50 “pengganas” terbunuh di utara Burkina Faso yang dicengkam puak jihad apabila konvoi makanan yang diiringi oleh tentera diserang hendap, kata angkatan tentera kelmarin.

Insiden itu berlaku pada hari Rabu berhampira­n Tibou di wilayah Loroum bersempada­n dengan Mali, apabila konvoi trak diserang oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata.

Dua unit tentera yang mengiringi konvoi itu menyerang balas, “menewaskan sekurang-kurangnya 50” penyerang, katanya dalam satu kenyataan. Dua orang awam yang berada dalam konvoi itu turut terbunuh.

Negeri Sahel itu sedang bergelut dengan pemberonta­kan jihad selama tujuh tahun yang bermula di negara jiran Mali.

Lebih daripada 10,000 orang awam dan tentera telah meninggal dunia, menurut anggaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), manakala lebih daripada dua juta orang telah meninggalk­an rumah mereka. Kira-kira 40 orang terbunuh dalam dua serangan berhampira­n Bourasso pada hujung minggu lalu.

Sejak 2022, Burkina telah diperintah oleh junta diketuai Kapten Ibrahim Traore yang berikrar untuk menawan semula 40 peratus wilayah negara itu yang masih berada di luar kawalan kerajaan.

Beliau juga telah berjanji akan mengembali­kan demokrasi melalui pilihan raya presiden menjelang Julai 2024.

Pada Selasa, Perdana Menteri Apollinair­e Kyelem de Tambela memberitah­u parlimen bahawa pihak berkuasa “tidak akan berunding (dengan pejuang jihad), sama ada mengenai integriti wilayah Burkina Faso atau kedaulatan­nya.”

“Satu-satunya rundingan yang penting dengan penyamun bersenjata ini ialah rundingan yang berlaku di medan perang,” katanya.

Tetapi de Tambela mencadangk­an bahawa serangan boleh menyebabka­n pilihan raya ditunda.

“Kami tidak boleh menganjurk­an pilihan raya tanpa keselamata­n. Jika kami mempunyai tongkat ajaib untuk memastikan kami dapat mengadakan pilihan raya secepat mungkin, kami akan melakukann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia