Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun mengalami musim bunga terpanas dalam rekod tahun ini

-

Jepun mengalami musim bunga terpanas dalam rekod pada tahun ini, kata agensi cuaca negara itu kelmarin, ketika gas rumah hijau dan El Nino bergabung menyebabka­n suhu meningkat di seluruh dunia.

Suhu pada Mac, April dan Mei ialah 1.59 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata bagi tempoh tiga bulan yang sama sejak 30 tahun lalu, kata Agensi Meteorolog­i Jepun.

Itu menandakan jurang terbesar sejak agensi itu mula mengambil ukuran pada tahun 1898.

“Apabila pemanasan global semakin menjadi-jadi, rekod suhu tinggi sebegitu sudah menjadi lebih biasa,” katanya.

Purata suhu permukaan laut di perairan sekitar Jepun pada tempoh musim bunga yang sama merupakan yang ketiga tertinggi direkodkan sejak 1982, kata agensi itu.

Bulan lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia hampir pasti bahawa 2023-2027 akan menjadi tempoh lima tahun paling panas yang pernah direkodkan.

Ini sebahagian­nya disebabkan kemungkina­n fenomena cuaca El Nino akan bertambah teruk dalam beberapa bulan akan datang,

mendorong suhu global yang lebih tinggi dan kemungkina­n mencatatka­n rekod suhu baharu.

El Nino, corak iklim yang berlaku secara semula jadi yang biasanya dikaitkan dengan peningkata­n haba di seluruh dunia, serta kemarau di beberapa bahagian dunia dan hujan lebat di tempat lain, kali terakhir berlaku pada 2018-2019.

Kemungkina­n besar juga dalam satu daripada lima tahun akan datang, suhu global akan melebihi sasaran yang ditetapkan dalam perjanjian Paris untuk mengehadka­n

perubahan iklim, menurut Pertubuhan Meteorolog­i Sedunia (WMO) PBB.

Perjanjian Paris 2015 menyaksika­n negara-negara bersetuju untuk mengehadka­n pemanasan global pada “jauh di bawah” dua darjah Celsius melebihi paras purata yang diukur antara 1850 dan 1900 -dan 1.5C jika boleh.

Purata suhu global pada tahun 2022 ialah 1.15C melebihi purata 1850-1900.

Pada Isnin, Shanghai mencatatka­n hari Mei terpanasny­a dalam lebih 100 tahun, melepasi paras tertinggi sebelumnya.

 ?? — Gambar AFP ?? PANAS: Orang ramai berjalan di sebatang jalan di daerah Ginza di Tokyo, baru-baru ini. Jepun mengalami musim bunga terpanas dalam rekod pada tahun ini, kata agensi cuaca negara itu kelmarin.
— Gambar AFP PANAS: Orang ramai berjalan di sebatang jalan di daerah Ginza di Tokyo, baru-baru ini. Jepun mengalami musim bunga terpanas dalam rekod pada tahun ini, kata agensi cuaca negara itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia