Utusan Borneo (Sarawak)

Astro First tampilkan barisan filem menarik sepanjang Jun

Antara filem baharu yang akan ditayangka­n pada bulan ini adalah Pulau, Sumpahan Syaitan, Gui, Didi & Friends The Movie

-

PLATFORM yang menawarkan filemfilem eksklusif terus ke pawagam rumah anda, Astro First membariska­n deretan filem menarik khas untuk penonton.

Lebih menarik, pelbagai genre berbeza serta turut menampilka­n antara filem eksklusif yang tidak pernah ditayangka­n di manamana platform sebelum ini turut ditayangka­n di Astro First.

Pada bulan Jun ini, Astro First akan membawakan filemfilem baharu antaranya Sumpahan Syaitan, Kombo Di Mana Didi, Pulau, Escape, Gui, dan Returning Home.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami terus komited dalam membawakan filem-filem menarik di platform Astro First.

“Memahami cita rasa penonton yang berbeza, Astro First menampilka­n genre pelbagai seperti seram, komedi, drama, thriller serta filem animasi.

“Kami percaya bahawa penonton di luar sana masih memilih Astro First sebagai platform buat mereka untuk menikmati filem lokal terbaru bersama keluarga tersayang secara beramai-ramai di rumah dalam tempoh 48 jam dengan harga yang berpatutan.

“Kami akan membawakan deretan filem menarik khusus untuk penonton Astro.”

Saksikan filem-filem tempatan terbaru di

Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.

SUMPAHAN SYAITAN

Tarikh : 27 Mei Genre : Seram Komedi Pengarah : Roy Sumpahan Syaitan membariska­n pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario.

Filem terbitan DBay Film Factory & Redfiress Film Production mengisahka­n tentang seorang lelaki bernama Sam yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM.

Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco.

Apabila Sam menyedari beliau telah ditipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluargany­a berjumpa rakannya Malik bagi melarikan diri dari Branco.

Malik telah mengarahka­n Sam untuk bersembuny­i di sebuah hotel lama kepunyaann­ya.

Malangnya, Sam dan warga kerja hotel dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut.

KOMBO DI MANA DIDI

Tarikh : 8 – 21 Jun Genre : Animasi Muzikal

Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin (Didi & Friends The Movie); Khairul Ammar, Jamal Mohd Arif Kassim, Farhan Suhaimi (Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends)

Filem animasi terbaik 2023, Didi & Friends The Movie dan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di himpunkan dalam satu kombo dengan harga RM19.90 untuk 48 jam.

Didi & Friends

The Movie

mengajak penonton untuk mengikuti penggembar­aan Didi dan kawan-kawan untuk ke Pulau Legenda.

Manakala Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mempersemb­ahkan lagu-lagu menarik oleh Didi & Friends yang mampu mengajak penonton untuk turut ‘sing along’.

PULAU

Tarikh : 1 Jun 2023 Genre : Seram Drama Pengarah : Euho Filem seram drama terbitan WebTVAsia, PULAU ditayangka­n di Astro First dengan versi

antarabang­sa.

Menampilka­n barisan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjana Suri, Sabronzo, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Harris Annuar dan ramai lagi.

Mengisahka­n tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudah­an selepas pertaruhan yang kalah memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil.

Ketika mereka terjumpa sebuah perkampung­an terbiar yang penuh misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangk­ap di pulau itu. Seorang demi seorang diburu padah.

RETURNING HOME

Tarikh : 3 Jun 2023 Genre : Drama, Keluarga, Komedi Pengarah : Don Hoe Astro First juga menampilka­n filem Mandarin tempatan terbitan Full Billion Entertainm­ent.

Barisan pelakon adalah Chen Puie Heng, Ribbon Ooi, Chazynash, Feon Lai, Miau Lim, Stanley Hoe dan Teoh Yumee.

Filem ini adalah dedikasi buat wira Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans (SJAM), Lions Clubs serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukarelawa­n (PBS) yang telah berkorban

demi menyelamat­kan nyawa orang lain.

Namun, di sebalik pengorbana­n mereka, ada insan tersayang yang sentiasa menantikan kepulangan wira-wira ini penuh kesabaran. Selamatkah wira-wira ini kembali di pangkuan keluarga?

ESCAPE

Tarikh : 3 Jun 2023 Genre : Thriller Aksi Pengarah : Ikhwansha Hazer

Dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham,Riz Amin, Pablo Amirul, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jue Aziz dan merupakan terbitan DMY Creation dan Dreamland.

“…Kita Kena Korbankan Sesuatu Untuk Mendapatka­n Sesuatu…”

Seorang lelaki yang mempunyai penyakit amnesia telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas.

Namun Adam tidak mengingati apa-apa yang berlaku kerana penyakitny­a.

Adam membuat rancangan untuk membebaska­n dirinya dan mencari dalang di sebalik tragedi yang berlaku.

GUI

Tarikh : 8 Jun 2023 Genre : Seram Komedi Pengarah : Asri Tajudin (Baq’u)

Filem di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), GUI menghimpun­kan pelakon terkenal seperti Azad Jasmin, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Dato Sri Vida, Aries Kwan, Fauziah Nawi, David Teo, Radin penyampai radio ERA dan ramai lagi.

Mengisahka­n tentang Jeff dan Zainal yang telah mendapat tawaran untuk membuat perkhimata­n penghantar­an barang dengan nilai upah sebanyak RM20 ribu.

Dalam perjalanan, mereka menyedari barang yang dihantar adalah mayat.

Namun demi mendapatka­n upah yang lumayan, mereka terus menjaga mayat tersebut bagi memastikan ia selamat sampai ke tempat yang telah ditetapkan.

Banyak insiden menyeramka­n berlaku sehingga membuatkan Jeff dan Zainal putus asa.

 ?? ?? FILEM MENARIK: Sumpahan Syaitan membariska­n pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario.
FILEM MENARIK: Sumpahan Syaitan membariska­n pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario.
 ?? ?? VERSI ANTARABANG­SA: Filem seram drama terbitan WebTVAsia, Pulau ditayangka­n di Astro First dengan versi antarabang­sa.
VERSI ANTARABANG­SA: Filem seram drama terbitan WebTVAsia, Pulau ditayangka­n di Astro First dengan versi antarabang­sa.
 ?? ?? DI ASTRO FIRST: Langgan filem thriller aksi arahan Ikhwansha Hazer yang menampilka­n pelakon Kamal Adli dan Elizabeth Tan di Astro First mulai hari ini.
DI ASTRO FIRST: Langgan filem thriller aksi arahan Ikhwansha Hazer yang menampilka­n pelakon Kamal Adli dan Elizabeth Tan di Astro First mulai hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia