Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah syarikat mohon batal tuduhan menawarkan suapan

Tawar RM500,000 setahun untuk percepat ambil alih Menara KL

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Hydroshopp­e Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh memohon untuk membatalka­n pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambila­lihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dihadapiny­a.

Abdul Hamid Shaikh, 49, memfailkan notis bantahan awal menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company di Mahkamah Sesyen di sini, pada 31 Mei lalu.

Berdasarka­n notis tersebut, pihak pembelaan mendapati pertuduhan terhadap Abdul Hamid Shaikh cacat selain tidak berasas kerana salah satu elemen penting bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak dinyatakan.

Selain itu, pertuduhan tersebut gagal mematuhi peruntukan Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah kerana satu daripada butiran penting dalam pertuduhan iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Pada prosiding semalam di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin, peguam Amer Hamzah Arshad

yang mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahka­n telah memfailkan notis itu menerusi e-mel selain telah menerima sebahagian dokumen kes daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat berkata pihaknya akan menyerahka­n sebahagian lagi dokumen kes tersebut kepada pembelaan pada sebutan kes akan datang dan mengesahka­n telah menerima notis bantahan awal.

Suzana menetapkan 19 Jun untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 18 Julai ini untuk keputusan bagi permohonan bantahan awal itu.

Terdahulu, di hadapan Hakim Rozina Ayob, Amer Hamzah memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan supaya kes syarikat Hydroshopp­e Sdn Bhd digantung sementara pelupusan prosiding kes Abdul Hamid Shaikh.

Mahadi pula berkata, pihaknya memohon untuk memindahka­n kes syarikat Hydroshopp­e ke Mahkamah Sesyen lain untuk dibicaraka­n bersama kes Abdul Hamid Shaikh.

Amer Hamzah membantah perkara itu dan meminta agar pihak pendakwaan membuat permohonan itu secara

bertulis.

Rozina menetapkan 5 Julai ini untuk pendengara­n permohonan penggantun­gan sementara kes syarikat Hydroshopp­e dan pemindahan kes itu ke Mahkamah Sesyen lain.

Pada 5 April lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepa­tkan proses pengambila­lihan pengurusan dan pentadbira­n konsesi Menara

Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Sementara itu, syarikat Hydroshopp­e didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Tan, seorang ahli perniagaan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAH: Hamid Shaikh (kiri) memfailkan bantahan awal terhadap pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambila­lihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dihadapiny­a semalam.
— Gambar Bernama BANTAH: Hamid Shaikh (kiri) memfailkan bantahan awal terhadap pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambila­lihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dihadapiny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia