Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki ditahan rampas dan larikan kereta

-

KEPALA BATAS: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian suspek merampas dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini semalam yang videonya turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata, tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Butterwort­h, di sini serta Kuala Kangsar, Perak kelmarin.

“Dalam kejadian 7.45 pagi semalam (kelmarin) itu, mangsa yang memandu Perodua Axia telah berhenti di lampu isyarat berkenaan sebelum tiba-tiba didatangi tiga lelaki yang bertindak menariknya keluar (dari kereta), suspek kemudianny­a membawa lari kereta itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kerana ibu kepada lelaki yang memandu kereta tersebut gagal membayar pinjaman wang sebanyak RM100,000 daripada seorang lelaki yang dipinjamny­a pada 2020,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, ibu mangsa bersetuju menyerahka­n kereta Perodua Axia itu melalui satu perjanjian bertulis dan ekoran kegagalan wanita tersebut menjelaska­n pinjaman itu telah menyebabka­n suspek merampas kenderaan berkenaan.

Mohd Asri berkata, berdasarka­n siasatan lanjut, pemberi pinjaman telah mengupah penarik kereta untuk mengambil Perodua Axia tersebut daripada mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, ekoran penahanan tiga lelaki itu, polis berjaya menemukan semula kereta tersebut dan pihaknya turut merampas pakaian yang dipakai tiga suspek berkenaan semasa melakukan jenayah itu.

“Semasa ditahan ketigatiga suspek berada di bawah pengaruh dadah dan polis kini giat mengesan beberapa lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya.

Beliau berkata, tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 24 saat menunjukka­n tiga lelaki menarik keluar pemandu sebuah kereta sebelum melarikan kereta tersebut di persimpang­an lampu isyarat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia