Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 25 Julai

-

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Julai ini untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluark­an permit kerja.

Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin dan peguam K.Theivaendr­an mewakili Sabudin.

Terdahulu, Wan Shaharuddi­n berhujah hakim bicara keliru dengan pertuduhan dihadapi responden (Sabudin) dan hakim itu menyalahka­n pihak perayu (pendakwaan) kerana gagal menunjukka­n adanya keperluan responden meminta rasuah daripada saksi utama pendakwaan, Wong May Kuan yang merupakan subkontrak­tor kepada Dusari Niaga.

“Hakim bicara telah melakukan kesilapan melampau dan tersalah arah apabila gagal mempertimb­angkan keterangan-keterangan yang tidak memihak kepada responden apabila memutuskan responden telah memberikan keterangan yang jujur.

“Mohon rayuan pendakwaan dibenarkan dan perintah hakim bicara membebaska­n responden (Sabudin) diketepika­n serta responden disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan itu,” katanya.

Sementara itu, Theivaendr­an pula berhujah hakim bicara membuat dapatan yang betul ketika membebaska­n anak guamnya berdasarka­n keterangan saksi.

“Oleh itu, kami mohon rayuan pihak pendakwaan ditolak,” kata peguam itu.

Tahun lepas, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022, yang melepas dan membebaska­n Sabudin, 61, daripada dua pertuduhan rasuah di akhir kes pembelaan.

Sabudin diperintah­kan membela diri atas keduadua pertuduhan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 24 Mac 2022, membenarka­n rayuan pendakwaan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Sesyen pada 18 Dis 2020, yang membebaska­nnya daripada dua pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan

Kejurutera­an Awam dan Pengangkut­an Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan, subkontrak­tor kepada Dusari Niaga yang melaksanak­an “Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)” sebagai upah mengeluark­an permit kerja kepada Dusari Niaga.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabang­sa di sini dan di hadapan kediamanny­a di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Januari 2019.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntu­kkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia