Utusan Borneo (Sarawak)

Mitra peruntuk RM7.2 juta laksana program sosioekono­mi komuniti India

-

Unit Transforma­si Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan melaksanak­an program pembanguna­n sosioekono­mi bersasar di 72 kawasan Parlimen yang mempunyai kepadatan masyarakat India tinggi, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R.Ramanan.

Beliau berkata program berkenaan melibatkan peruntukan RM7.2 juta, dengan setiap Ahli Parlimen di kawasan terbabit akan menerima dana RM100,000 bagi melaksanak­an program seperti pembanguna­n modal insan, keusahawan­an dan kerjaya atau pembanguna­n sosial dan kebajikan.

Antara kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi masyarakat India ialah Petaling, Selangor dengan 189,378 orang, Johor Bahru, Johor (126,803) dan daerah Kinta di Perak dengan 104,831 orang.

“Program berkenaan akan dilaksanak­an dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini semalam, serta menambah maklumat berkaitan program akan dimuat naik di laman rasmi di www.mitra. gov.my.

Sementara itu, beliau berkata Mitra akan bekerjasam­a dengan syarikat operator helikopter, Weststar Aviation Services Sdn Bhd, bagi memberi latihan juruteknik kepada 100 belia India B40 selama 21 bulan, yang melibatkan kos RM5.5 juta.

Bagi program Operasi Dron dan Servis Data dan ‘Electrifie­d Automation Advancemen­t Programme’ (EAAP) dengan kerjasama SG Education Group membabitka­n kos RM4.3 juta pula, Ramanan berkata 150 belia India B40 akan menyertai Operasi Dron dan Servis Data manakala 250 belia India menyertai EAAP.

Sementara itu, Ramanan berkata Mitra bekerjasam­a dengan Google untuk membekalka­n 6,000 ‘komputer riba yang diperbahar­ui’ kepada 527 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) melibatkan peruntukan RM3 juta.

“Peranti berkenaan akan dipasang dengan kemudahan Google ChromeOS Flex yang membolehka­n ia bertahan antara lapan hingga 10 tahun,” katanya.

Mengenai Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan, beliau berkata 4,973 kanak-kanak telah menerima manfaat daripadany­a.

Permohonan bagi Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar India B40 di universiti awam pula masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia