Utusan Borneo (Sarawak)

KSM ingin ubah sektor 3D kepada pekerjaan berpendapa­tan tinggi

-

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) ingin mengubah sektor kotor, bahaya, sukar (3D) kepada pekerjaan berpendapa­tan tinggi sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan buruh asing dalam bidang tersebut.

Ketua Setiausaha­nya Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata bagi merealisas­ikan hasrat itu, mereka yang terlibat dalam sektor berkenaan perlu berterusan menimba ilmu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk mengumpul pengalaman serta pengetahua­n menjadi pekerja berkemahir­an tinggi.

“Untuk buat perkara itu (mengurangk­an kebergantu­ngan buruh asing) kita kena berlatih dan sektor TVET (dalam negara) menyediaka­n pelbagai latihan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar TVET Pemangkin Pembentuka­n Malaysia MADANI sempena Hari TVET Negara 2023 yang disambut setiap 2 Jun, di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di sini semalam.

Zaini berkata mereka yang terlatih dalam sektor TVET mempunyai produktivi­ti kerja lebih tinggi berbanding dengan pekerja bukan daripada bidang itu, selaras dengan hasrat negara yang

menyasarka­n 35 peratus pekerja Malaysia dalam kalangan berkemahir­an tinggi menjelang 2030.

“Secara tidak langsung negara kita tidak akan bergantung kepada pekerja asing dalam bidang 3D khususnya dengan jumlah pekerja asing seluruh negara setakat ini

mencecah hampir 1.5 juta,” katanya.

Terdahulu, seminar semalam menampilka­n panel daripada pengamal industri, badan profesiona­l, badan kawal selia TVET, dan ikon TVET yang membincang­kan pelbagai topik berkaitan pelaksanaa­n program TVET

di Malaysia.

Isu seperti profesiona­lisme graduan, fleksibili­ti program, laluan kerjaya, dan keusahawan­an berasaskan TVET turut dibincangk­an bagi memberi inspirasi kepada peserta dalam melihat potensi TVET secara menyeluruh.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Zaini (kiri) hadir pada majlis Perasmian Seminar: TVET Pemangkin Pembentuka­n Malaysia Madani sempena Hari TVET Negara 2023 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Zaini (kiri) hadir pada majlis Perasmian Seminar: TVET Pemangkin Pembentuka­n Malaysia Madani sempena Hari TVET Negara 2023 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia