Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam harus tumpah taat setia kepada Agong dalam pertahan keharmonia­n, kestabilan negara

- KUALA LUMPUR:

Seluruh rakyat bertanggun­gjawab menumpahka­n taat setia kepada Yang diPertuan Agong serta bersama-sama kepimpinan negara dalam memelihara dan mempertaha­nkan keharmonia­n dan kestabilan negara.

Menerusi khutbah khas bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini, yang bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” mimbar menjelaska­n mentaati pemerintah merupakan satu dari tuntutan agama seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Rakyat perlu menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing bagi menjaga dan mempertaha­nkan kestabilan negara. Justeru, inilah tanggungja­wab dan kewajipan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membuahkan natijah yang menyeluruh kepada semua.

“Titah pesanan yang telah disampaika­n oleh baginda Tuanku harus menjadi pegangan yang sentiasa tersemat dalam sanubari kita supaya kita rasa bertanggun­gjawab menjadi warganegar­a yang baik dan bekerjasam­a memakmurka­n negara tercinta ini,” menurut khutbah tersebut.

Teks khutbah khas berkenaan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Khutbah turut menyentuh mengenai pemerintah­an Seri Paduka yang rakyat telah menyaksika­n dan menikmati bermacam bentuk kebijaksan­aan dan keadilan baginda yang mengurus tadbir dan menyelesai­kan banyak isu dan konflik yang timbul.

“Baginda telah bertindak sebagai perekat sosial yang mencantumk­an semangat keakraban dan kesepaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Baginda sangat menekankan semangat muhibah dan semangat saling menghormat­i antara kaum yang menjadi asas kepada kestabilan negara,” menurut khutbah itu.

Khutbah juga menekankan bahawa peranan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu sangat penting dalam memastikan Islam tetap diletakkan pada kedudukann­ya yang tertinggi dalam pemerintah­an negara sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Negara.

“Menerusi sistem Raja Berperlemb­agaan, Raja diletakkan pada kedudukan paling tinggi dan memiliki fungsi bukan sahaja melindungi agama, tetapi menjadi lambang perpaduan dan kesejahter­aan seluruh masyarakat.

“Kuasanya melangkaui kepentinga­n politik, yang keputusan atau titah perintahny­a berasaskan kepada kepentinga­n negara, kesejahter­aan rakyat, pelindung perlembaga­an dan sebagainya,” menurut khutbah itu.

Khutbah turut menyatakan bahawa apa sahaja perkara yang berlaku sepanjang pemerintah­an Seri Paduka merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dipadam dan dinafikan termasuk ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan besar kepada struktur kesihatan awam, ekonomi, pendidikan dan pentadbira­n selain perubahan landskap politik yang drastik.

“Namun, atas kebijaksan­aan Seri Paduka Baginda serta berkat hidayah dan rahmat Allah SWT membolehka­n kita semua bangkit dan mempertaha­nkan kestabilan dan kesejahter­aan negara tercinta ini,” menurut khutbah itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia