Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah perlu pembenihan awan segera

Kerajaan negeri boleh membuat permohonan kepada kerajaan Persekutua­n: Armizan

- Datuk Armizan Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)

PAPAR: Isu bekalan air di Sabah yang dilihat kritikal memerlukan proses pembenihan awan dilaksanak­an dengan segera bagi meningkatk­an paras air sungai yang menjadi sumber air mentah utama bagi pengoperas­ian berkesan Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kerajaan Sabah boleh membuat permohonan untuk proses itu kepada kerajaan Persekutua­n dalam usaha menangani bekalan air yang semakin berkuranga­n di Sabah.

Beliau berkata sekiranya pasukan teknikal di peringkat negeri Sabah sudah mengenal pasti keperluan berkaitan pembenihan awan bagi membolehka­n hujan di kawasan diperlukan, pihak kerajaan negeri boleh mengemukak­an permohonan proses itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya tidak mahu berselindu­ng, memang tahap bekalan air di Sabah sudah mencapai tahap kritikal dan fenomena monsun barat daya kali ini akan menjadikan status itu (bekalan air) menjadi jauh lebih kritikal lagi.

“Namun saya melihat memang keadaannya agak serius dan sekiranya tidak dilakukan (pembenihan awan) akan lebih banyak lagi LRA yang terkesan,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau, di sini, semalam.

Armizan,yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata ketika ini LRA EWSS itu juga turut terjejas apabila paras air sungai Papar menurun menyebabka­n loji yang mampu menyalurka­n bekalan air bersih 10 juta liter sehari (JLH) itu tidak dapat beroperasi sejak seminggu lalu menyebabka­n lebih 19,000 penduduk daripada 33 buah kampung di Papar terputus bekalan air.

Beliau berkata sebagai tindakan segera, proses penghantar­an bekalan air bersih telah dijalankan dengan menggunaka­n lori tangki air di kawasan awam seperti masjid dan balai raya untuk penduduk kampung yang terjejas.

Mengulas lanjut, Armizan berkata antara cadangan lain yang akan dilaksanak­an dalam jangka masa panjang ialah menyediaka­n tangkitang­ki statik berkapasit­i antara 10,000 liter hingga 20,000 liter air di kampungkam­pung yang menghadapi masalah bekalan air kritikal.

Selain itu, beliau berharap proses naik taraf LRA

Kogopon Papar yang berkapasit­i 40 JLH kepada 80 JLH yang dijangka siap pada tahun lalu, namun telah tergendala sejak 10 tahun lalu, akan dapat dilaksanak­an pada tahun ini.

“Jumlah terkini, kita cuba meminimumk­an benda-benda tertentu maka memerlukan tambahan RM67 juta lagi daripada kos asal iaitu RM312 juta...jadi kos yang diperlukan sekarang hampir RM400 juta disebabkan skop yang berubah dan peningkata­n harga barangan maka kos itu telah meningkat. ,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata beliau turut berpuas hati dengan pembentang­an Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pelan jangka pendek bagi menangani krisis air di negeri itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya, kelmarin.

Beliau berkata pelan jangka masa pendek antara enam hingga 12 bulan melibatkan kos RM320.25 juta membuktika­n kepimpinan negeri mengambil tindakan tangkas untuk kepentinga­n umum dan dilaksanak­an dengan segera.

“Kita tiada pilihan, kalau tidak dilaksanak­an sekarang sebagai contoh pembinaan empangan kalau tidak diputuskan sekarang, ia tidak akan siap dalam setahun dua tetapi sekurang-kurangnya mengambil masa minimum 60 bulan untuk disiapkan bagi sebuah empangan,” katanya.

Namun, katanya, dalam mengambil keputusan itu perlu mengambil kira jaminan keselamata­n sosioekono­mi, peluang pekerjaan dan ganti rugi kepada penduduk kampung yang terlibat.

Hajiji semalam dilaporkan berkata kerajaan Sabah yakin bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutua­n akan membantu mempercepa­t pelan jangka pendeknya dalam menangani krisis air di negeri itu.

Ketua Menteri berkata bantuan kewangan sebanyak RM320.25 juta itu merangkumi pelaksanaa­n enam program yang terdiri daripada 20 projek di seluruh negeri termasuk sembilan bagi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. — Bernama

“Saya tidak mahu berselindu­ng, memang tahap bekalan air di Sabah sudah mencapai tahap kritikal dan fenomena monsun barat daya kali ini akan menjadikan status itu (bekalan air) menjadi jauh lebih kritikal lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia