Utusan Borneo (Sarawak)

Benzema bidas khabar angin perpindaha­n ke Arab Saudi ‘realiti bukan Internet’

-

perpindaha­n lumayan ke Arab Saudi. “Kenapa saya mahu bercakap tentang masa depan jika saya di Madrid,” soal penyerang dari Perancis itu. “Apa yang diperkatak­an hanya dalam internet dan realiti bukan internet.” Benzema menjawab dakwaan dia mungkin akan ke sebuah kelab di Arab Saudi, walaupun dia masih mempunyai baki kontrak satu tahun lagi bersama kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Menurut laporan media Sepanyol, Benzema mungkin memperoleh­i gaji 200 juta euro setahun dalam kontrak dua tahun bersama sebuah kelab di Arab Saudi.

“Buat masa ini, saya di sini,” katanya. “Esok saya akan pergi berlatih, saya menikmati setiap hari dan pada Ahad saya mempunyai satu perlawanan.

“Saya sangat bangga dengan kerja saya dan saya gembira berlatih setiap hari, setiap perlawanan dan apa yang paling penting ialah menikmatin­ya.

“Apabila saya pergi ke Valdebebas (pusat latihan Real), ia bukan kerja bagi saya kerana pada hari bekerja, saya tidak mahu melakukann­ya lagi.

“Saya menikmati bola sepak seperti kanak-kanak dan di fikiran saya, saya masih kanak-kanak,” kata Benzema, yang sudah memenangi 25 kejuaraan ketika di Real Madrid.

Bercakap pada satu majlis penganuger­ahan oleh akhbar Marca, dia menjelaska­n pendekatan­nya dalam perlawanan ketika cuba menjadi penyerang lebih serbaboleh.

“Saya tahu bagaimana menjaringk­an gol tetapi apa yang saya mahu dalam bola sepak kerana saya sukakan bola sepak ialah apa yang boleh saya lakukan dalam padang: pergerakan, umpanan – saya cuba melakukan perkara yang tidak dilihat dilakukan penyerang lain.”

Benzema berkata bekas bintang Real Madrid, Ronaldo, adalah contoh ikutannya, menjelaska­n bahawa “bukan sahaja dia penyerang yang hebat, dia boleh melakukan gerakan dan umpanan yang cantik”.

Dan Benzema juga merendah diri apabila menerima anugerah Marca, dengan berkata bahawa “apabila seorang pemain menerima trofi, ia sentiasa tentang keseluruha­n pasukan kerana tanpa rakan sepasukan, saya tidak akan dapat mencapai tahap ini.”

“Saya mempunyai bakat tetapi anda memerlukan bantuan orang lain, kita sentiasa memerlukan bantuan keseluruha­n pasukan.” — AFP

 ?? ?? Penyerang kelab Real Madrid, Karim Benzema, menegaskan pada Khamis bahawa “realiti bukan
Internet” sebagai respons kepada khabar angin satu
Penyerang kelab Real Madrid, Karim Benzema, menegaskan pada Khamis bahawa “realiti bukan Internet” sebagai respons kepada khabar angin satu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia