Utusan Borneo (Sarawak)

Kebangkita­n Man United ancaman kepada impian tiga kejuaraan City

-

Dua belas tahun yang lalu, Manchester City memulakan perubahan besar dalam bola sepak Inggeris apabila menewaskan Manchester United yang memburu tiga kejuaraan di Wembley. Sekarang, impian tiga kejuaraan City akan menjadi ancaman dari United yang sudah mulai bangkit sekarang pada perlawanan akhir Piala FA Inggeris.

Dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sudah disahkan untuk musim ketiga berturut-turut, City kini kurang dua kejuaraan untuk menjadi kelab Inggeris yang kedua – selepas United pada 1999 – yang memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim – Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Kejayaan semasa City dan status United sebagai pencabar sememangny­a tidak pernah dibayangka­n apabila kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu di peringkat separuh akhir kejohanan di Wembley pada 2011.

Hanya beberapa minggu selepas perlawanan itu, United memenangi kejuaraan Liga Perdana yang keempat dalam tempoh lima tahun selain turut melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Berbeza dengan era kegemilang­an United ketika di bawah kendalian Alex Ferguson, City masih sejak berdekad-dekad di kelompok pertengaha­n saingan dan bertandang ke Wembley dengan harapan menamatkan kemarau kejuaraan yang menyebabka­n mereka sentiasa diselubung­i oleh kelab jiran mereka yang lebih gah itu.

Kegemilang­an United ketika itu juga digambarka­n dengan satu sepanduk di satu zon tempat duduk di Stadium Old Trafford yang menunjukka­n sudah berapa lama City kali terakhir memenangi satu trofi.

Apa yang menambah lagi tekanan kepada City ialah angka 35 pada sepanduk itu menjelang 2011.

Namun pada masa mereka meninggalk­an Stadium Wembley pada petang itu, City menunjukka­n hasrat sebenar mereka bahawa sepanduk penghinaan akan menjadi pujian.

Pertemuan berjiran pertama dua kelab berjiran kota Manchester di Wembley itu adalah bersesuaia­n untuk satu tempoh penentuan dalam bola sepak Inggeris.

Sejak City dibeli oleh hartawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour pada 2008, perbelanja­an besar ke atas pemain baharu sudah menjadi perdebatan dalam Liga Perdana.

Ferguson menolak untuk bercakap tentang ancaman City kepada United apabila dia mengelar City sebagai “jiran yang bising” pada 2009.

Tetapi City secara perlahan-lahan meningkat ketika di bawah kendalian Roberto Mancini dan perlawanan separuh akhir Piala FA adalah seperti bukti kematangan mereka.

Selepas United terlepas beberapa peluang, Yaya Toure, salah seorang pemain paling mahal City, menjaringk­an gol tunggal perlawanan tujuh minit selepas rehat.

Kekalahan yang menyelubun­gi City sejak sekian lama telah dihilangka­n dengan satu gerakan.

Joleon Lescott adalah sebahagian dari pertahanan City yang mengekang asakan penyerang United dan pemain pertahanan tengah itu mengimbau kembali perlawanan yang menjadi pertukaran nasib untuk kedua-dua pasukan.

“Perlawanan separuh akhir Piala FA itu adalah satu pertukaran sebenar dalam kepercayaa­n sebagai sebuah kelab, bagi kami sebagai pemain dan juga penyokong, tetapi juga untuk United,” kata Lescott.

“Mereka menyedari kami adalah ancaman sebenar. Ia adalah titik perubahan sebenar. Ia membangkit­kan semangat kami.”

City kemudian memenangi kejohanan itu apabila menewaskan Stoke City di final, memadam ejekan dari penyokong United dan memulakan satu dinasti ‘lautan biru’ di Manchester.

City kemudian membelasah United 6-1 di Old Trafford pada musim berikutann­ya dan memenangi kejuaraan dengan menewaskan United hasil gol lewat Sergio Aguero ketika menentang Queens Park Rangers pada hari terakhir musim.

“Kami bukan hanya jiran yang bising lagi, kami sememangny­a sangat lantang!” kata Nigel De Jong, salah seorang dari skuad yang memenangi kejuaraan.

Sejak menewaskan United di peringkat separuh akhir pada 2011, City sudah memenangi 15 kejuaraan, termasuk tujuh kejuaraan Liga Perdana ketika Pep Guardiola tiba untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi dengan lima kejuaraan liga dari enam musim terakhir.

United memenangi hanya enam trofi dalam tempoh yang sama dengan kejuaraan terakhir ialah pada musim terakhir Ferguson sebagai pengurus pada 2013.

Bagaimanap­un, satu kebangkita­n dijangkaka­n di bawah kendalian Erik ten Hag, apabila United menamatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan dengan memenangi Piala Liga Inggeris musim ini, selain menamatkan liga di tangga keenam dan layak ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Namun menewaskan City pada final pertama di antara dua kelab berjiran itu mungkin satu mercu tanda yang lebih besar.

“Ia jelas kami berdepan dengan satu kemungkina­n, di mana ketika ini, mereka adalah pasukan terbaik tetapi masih ada satu peluang untuk kami. Kami akan memberikan segala-galanya,” kata Ten Hag.

Dan dengan kelab mereka diambang dibeli oleh pemilik baharuyang­jugakaya,penyokong United boleh mengimpika­n untuk menyamai kebangkita­n City yang dimulakan dengan kemenangan tidak diduga di Wembleyleb­ihsatudeka­dyang lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia