Utusan Borneo (Sarawak)

Alonso kritik sikap negatif sebahagian media, beri sokongan pada Stroll

-

Juara dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso, pada Khamis memberikan sokongan kepada rakan sepasukann­ya di Aston Martin, Lance Stroll dan mengkritik sikap negatif sebahagian pihak media.

Tempat kedua Alonso di Grand Prix Monaco Ahad lalu adalah podium kelimanya dalam enam perlumbaan tahun ini sementara Stroll, anak kepada pemilik pasukan, Lawrence Stroll, sudah lima kali berturut-turut gagal mengutip sebarang mata.

“Formula Satu adalah sangat mudah apabila anda duduk di kerusi,” kata Alonso, 41, yang menikmati prestasi memberangs­angkan musim ini, mendahului rakan sepasukann­ya dengan kelebihan 66 mata.

“Dia (Stroll) tidak bernasib baik pada dua perlumbaan terakhir.

“Tetapi jika kita mengimbau kembali di Bahrain, memandu dengan kecederaan sebelah tangan (kecederaan semasa penutup musim), dia sangat pantas. Dan di Jeddah, dia mengalami masalah ekzos apabila dia berada di hadapan dua pemandu Ferrari.

“Dan di Miami, kami mengambil terlalu banyak risiko dalam sesi ujian masa kelayakan pertama dan ia memberi kesan kepada perlumbaan dan di Monaco, serpihan dari kereta Lando (Norris) – McLaren – menjejaska­n perlumbaan­nya,” tambah Alonso menjelang perlumbaan Grand Prix Sepanyol hujung minggu ini.

Alonso menambah bahawa semua yang berlaku itu menjadikan ia mudah untuk menghasilk­an tajuk berita yang negatif walaupun Stroll hanya kurang 1.5 saat dari kelompok hadapan saingan.

“Dia sudah memberikan maklum balas yang tepat, maklumat dan strategi tentang segala-galanya,” kata Alonso.

“Saya benar-benar berharap dia akan mendapat sedikit tuah kerana saya tidak fikir dia kehilangan sebarang kepantasan. Ia hanya peluang tidak memihak kepadanya ketika ini,” tambahnya.

Alonso juga menyelar kritikan keputusan pasukan menggunaka­n tayar sederhana lasak untuk keretanya di Monaco, mengakui jika dia menukar tayar pada masa apabila hari mulai hujan, dia mungkin mempunyai peluang untuk memenangin­ya.

“Apa yang saya tidak suka dalam F1 ialah kita sentiasa melihat perkara negatif,” katanya.

“Kita tidak pernah menghargai usaha yang dilakukan pasukan pada masa sukar. Mereka sentiasa melihat keputusan salah dan mengkritik,” tambahnya.

Alonso menegaskan pasukannya membuat “keputusan tepat” dalam keadaan semasa.

 ?? — Gambar AFP ?? TIBA: Alonso (tengah) tiba untuk sidang media menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Sepanyol di Litar de Catalunya di Montmelo, pinggir Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP TIBA: Alonso (tengah) tiba untuk sidang media menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Sepanyol di Litar de Catalunya di Montmelo, pinggir Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia