Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet Para negara di landasan tepat mencapai 33 pingat emas

-

PHNOM PENH: Kontinjen negara disifatkan berada dalam landasan tepat untuk mencapai 33 pingat emas disasarkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 yang bakal membuka tirai di sini, hari ini (Sabtu) hingga 9 Jun ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja, Noor Syahieda Mat Shah melaungkan keyakinan itu selepas 144 atlet yang akan beraksi di pentas Asia Tenggara itu menunjukka­n semangat luar biasa ketika fasa latihan terakhir.

Selain 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa turut menjadi buruan Malaysia menerusi 13 daripada 14 jenis sukan yang disertai pada edisi di Phnom Penh kali ini.

“Insya-Allah semua dalam landasan kerana ketika ini semangat atlet kita berada di tahap kemuncak walaupun terdapat cabaran daripada cuaca panas. Namun, kita dapat mengatasi masalah seperti itu dan mereka juga seronok berada di sini.

“Sasaran yang diletakkan kepada atlet itu amat bagus kerana sekiranya tiada, kita ini seolah-olah pergi sahaja tanpa menetapkan sasaran. Lagipun kesemua sasaran itu diletakkan mengikut data kejayaan barisan atlet,” katanya selepas upacara menaikkan bendera 11 negara yang mengambil bahagian di sini semalam.

Beliau dalam masa memaklumka­n proses klasifikas­i atlet negara berdasarka­n kelas dan jenis kekurangan mengikut spesifikas­i yang dijalankan pihak Kemboja berjalan lancar dan kesemua mereka dibenarkan menyertai acara masing-masing.

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata fokus utama kontinjen para negara ialah memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai dengan penuh bergaya.

“Alhamdulli­lah hari ini kita ada upacara menaikkan bendera. Saya ada mesyuarat semalam dan semua negara bersetuju untuk memberikan komitmen sepenuhnya,” katanya.

Pada edisi lepas di Solo, Indonesia, kontinjen para negara membawa pulang 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa serta menamatkan kempen di kedudukan keempat.

Malaysia pernah muncul juara keseluruha­n APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksika­n kontinjen negara merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa. — Bernama

 ?? ?? NOOR SYAHIEDA
NOOR SYAHIEDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia