Utusan Borneo (Sarawak)

Aaron Haikal ikut jejak abang bertanding pada GR Vios Challenge

-

KUCHING: Bertanding pada musim pertama GR Vios Challenge, Aaron Haikal berusia 15 tahun mempunyai tanggungja­wab besar untuk dipikul berikutan dia mengikuti jejak langkah abangnya Hayden yang sudah pun bergelar juara dua kali dalam siri itu.

Memandu untuk Distinctiv­e Model, Aaron adalah pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.

Walaupun masih cuba menyesuaik­an diri setelah beralih kepada perlumbaan kereta sedan daripada karting, Aaron menduduki tempat ke-10 dan ketujuh dalam dua perlumbaan pertama siri pada bulan Februari.

Aaron juga maju ke hadapan secara pantas apabila dia layak ke tempat ketiga di grid untuk Pusingan 2 hujung minggu ini di Litar Antarabang­sa Sepang.

“GR Vios Challenge sangat mencabar kerana anda memandu pada kelajuan yang sama seperti orang lain di grid. Ia sangat berbeza daripada karting,” kata Aaron.

Ditanya sama ada abangnya Hayden, 18, telah memberinya pengetahua­n berharga mengenai perlumbaan, Aaron berkata, mereka bersedia untuk perlumbaan hujung minggu dengan melihat data perlumbaan sebelum ini dan mengenal pasti perkara yang boleh dia perbaiki.

Pada usia 14 tahun, Hayden telah menjadi pemandu termuda pernah menyertai GR Vios Challenge apabila ia mula dimulakan pada 2017.

Hayden juga menjadi pemandu termuda per

nah memenangi kejuaraan keseluruha­n Sporting Class dan Super Sporting Class (untuk pemandu profesiona­l dan elit).

“Saya percaya saya telah membuat penambahba­ikan menjelang Pusingan 2 dan saya tidak sabar untuk berjuang

untuk mata kejuaraan hujung minggu ini,” kata Aaron yang bersemanga­t untuk menambah kemenangan perlumbaan GR Vios Challenge kepada pencapaian perlumbaan­nya yang sudah termasuk dua kemenangan kejuaraan keseluruha­n kelas kadet (karting) pada usia sembilan dan 10 tahun.

Saksikan semua aksi dan persembaha­n pentas oleh selebriti tempatan yang disiarkan secara langsung di laman web UMW Toyota Motor (Malaysia) Sdn Bhd di www.toyota.com.my dan di laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.toyota.com.my.

 ?? ??
 ?? ?? PENDEDAHAN BAIK: Aaron Haikal merupakan pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.
PENDEDAHAN BAIK: Aaron Haikal merupakan pemandu termuda di grid musim ini dan bersaing dalam Sporting Classs untuk pemandu amatur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia