Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Miri bermula hari ini hingga Ahad

-

Pelbagai pengisian atau acara-acara menarik akan berlangsun­g sepanjang Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Miri sepanjang hujung minggu ini bermula hari ini di Stadium Tertutup Miri.

Residen Miri Jamalie Busri berkata, kerajaan telah merangka beberapa program seperti Pameran Digital serta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bagi tujuan menyemarak­kan semangat patriotik dan cintakan negara.

“Pelepasan pasukan konvoi kembara Bahagian Miri ke Bahagian Bintulu akan disempurna­kan oleh Timbalan Premier Sarawak Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

“Menariknya, konvoi tersebut akan diketuai Premier Sarawak dan singgah ke hentian pertama iaitu di Pantai Bungai Bekenu sebelum meneruskan perjalanan ke Bahagian Bintulu,” katanya.

Jamalie berkata demikian selepas ditemu bual MiriFM sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di RTM Miri, kelmarin.

Di samping itu, acara lain termasukla­h 60 gerai yang menjual kraft tangan, jualan makanan dan minuman, produk tempatan dan persembaha­n busker.

Turut diadakan ialah Program Sarawak X-tive iaitu pertanding­an gusti lengan, pertanding­an tarik tali, pameran kereta dan pertanding­an e-sukan.

Terdapat juga programpro­gram seperti pertanding­an dart, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an bola sepak MAKSAK, kaunter pameran Askar Wataniah serta saringan kesihatan dan pergigian percuma.

“Saya ingin menjemput orang ramai serta penduduk sekitar Miri untuk datang melihat sendiri pameran digital yang memaparkan pembanguna­n yang telah kita kecapi khususnya di Bahagian Miri.

“Di samping itu orang ramai juga dipelawa untuk mengambil bahagian dalam acara dan program yang telah disusun pihak kerajaan seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi,” jelasnya.

Ikon-ikon sukan iaitu bintang pelari pecut negara Watson Nyambek, pemain profesiona­l e-sukan Mohamad Nabil Nadzaruddi­n dan pemain golf muda Mohd Redzuan Abdullah Mohd Hilmee akan hadir pada hari tersebut.

Di samping itu, Jamalie memohon agar semua premis kerajaan, swasta, persendiri­an dan lain-lain untuk memasang dan mengibarka­n bendera Sarawak sebagai tanda sokongan dan penghargaa­n kepada negeri yang tercinta.

 ?? ?? BERSAMA MERIAHKAN: Jamalie mempelawa masyarakat di Miri menghadiri Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Miri di Stadium Tertutup Miri bermula hari ini.
BERSAMA MERIAHKAN: Jamalie mempelawa masyarakat di Miri menghadiri Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Miri di Stadium Tertutup Miri bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia