Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar cerebral palsy kongsi kecekalan

Hargai sokongan keluarga, guru dan rakan sehingga raih keputusan cemerlang SPM

- Oleh Andy Sabang Pelajar dari SMK Rosli Dhoby

Bagi saya, saya tidak mahu mensiasiak­an usaha guru untuk kami dan saya menganggap­nya sebagai tuisyen percuma. Sesuatu yang saya perlukan.

SIBU: Alverth Hudson Awan Kebing dari SMK Rosli Dhoby yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berkata, dia tidak pernah ponteng kelas tambahan bagi memastikan dia dapat mengejar pelajaran.

Alverth yang mendapat 1A+ 5A dan 2C+, menghidap cerebral palsy.

Katanya, guru dan rakan sekelasnya banyak memberikan sokongan kepadanya untuk memastikan dia berjaya.

“Guru-guru sangat menyokong dan meminta kami banyak menghafal terutamany­a subjek Sejarah dan kami sentiasa ada kelas tambahan dan saya tidak pernah ponteng kelas tambahan.

“Bagi saya, saya tidak mahu mensia-siakan usaha guru untuk kami dan saya menganggap­nya sebagai tuisyen percuma. Sesuatu yang saya perlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Menurutnya, mereka mempunyai kelas tambahan hampir setiap minggu iaitu dari Isnin hingga Sabtu, namun kadang-kadang kelas akan berlangsun­g sehingga jam 4 petang bergantung kepada guru.

Alverth berkata, dia hanya menjangkak­an mendapat 4A dan tidak menjangka mendapat C+ dalam Matematik kerana lemah dalam matapelaja­ran berkenaan.

Alverth Hudson Awan Kebing

“Saya dapat C+ untuk Matematik.

“Saya suka mata pelajaran Bahasa Inggeris dan tidak hairanlah saya mendapat A,” ujarnya.

Ibu Alverth, Angela Mendong, 48, berkata, dia amat gembira dengan keputusan SPM anaknya.

Angela yang merupakan ketua jururawat di Klinik

Kesihatan Jalan Oya berkata, dia dan suaminya memutuskan untuk berpindah ke Sibu dari Kapit ketika Alverth berusia kira-kira tiga tahun supaya dia boleh menerima terapi yang diperlukan­nya.

“Saya sudah menetapkan dalam fikiran saya bahawa apa sahaja keputusan yang diperoleh anak saya, saya akan menerimany­a dengan hati yang bersyukur.

“Saya rasa dia telah melakukan yang terbaik.

“Sebagai anak istimewa, saya tidak mengharapk­an banyak daripadany­a asalkan dia boleh menjaga diri sendiri.

“Saya beritahu dia, jangan terlalu mendesak diri sendiri dan buat yang terbaik.

“Saya tidak mahu memaksanya, tetapi sudah tentu, saya mahukan yang terbaik untuknya.

“Untuk dia mendapat 6A, saya amat berbangga dengannya, ini adalah usahanya,” kata Angela.

Angela berkata, dia tidak akan menyekat anaknya untuk keluar bersama rakan atau bermain selagi serius dengan pelajarann­ya.

Guru-gurunya juga banyak membantuny­a dan mereka sentiasa membuat membantu Alverth mengulang kaji.

“Kami dari Kapit. Sebelum ini, kami terpaksa berulangal­ik dari Kapit ke Sibu untuk membolehka­n Alverth mendapat terapi.

“Kemudian, saya dan suami memutuskan untuk berpindah ke Sibu. Ia adalah keputusan besar untuk kami, tetapi demi Alverth, kami terpaksa melakukann­ya,” jelasnya.

Dia juga berkata Alverth menjalani fisioterap­i sehingga Tingkatan 3.

Selain itu, Alverth turut menjalani dua pembedahan pada ligamennya untuk memudahkan­nya bergerak.

Pembedahan pertama pada 2011 dan yang kedua pada 2015.

Beliau berkata, mereka merancang untuk pembedahan ketiga tetapi akan mendapatka­n nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cerebral palsy Nicolezebe­th Elvis yang memperoleh 1A+, 3A, 2Adan 1B berkata, dia tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang seperti itu terutama dalam Matematik.

“Saya mendapat B untuk Matematik saya.

“Saya pernah gagal dalam mata pelajaran Matematik.

“Saya sentiasa bimbang tentang subjek ini.

“Saya banyak membuat semakan dengan rakan-rakan saya dan melakukan kerja yang diberikan oleh guru saya,” katanya.

Nicolezebe­th yang berasal dari Kampung Bungan Kecil, Dalat berkata, dia menetap di asrama SMK Rosli Dhoby dan hanya pulang ke Dalat pada cuti sekolah.

Dia berkata, cerebral palsy tidak pernah mengganggu­nya ketika belajar dan dalam aktiviti sekolahnya.

Selepas ini, dia berharap agar dapat memasuki maktab perguruan.

 ?? ?? BANGGA: Angela bersama Alverth ketika mengambil keputusan SPMnya di SMK Rosli Dhoby, semalam.
BANGGA: Angela bersama Alverth ketika mengambil keputusan SPMnya di SMK Rosli Dhoby, semalam.
 ?? ?? NICOLEZEBE­TH
NICOLEZEBE­TH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia