Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen: Tindakan pelawak perlekeh tragedi MH370 wajar dikutuk, kecam

Kerajaan Singapura memohon maaf selain menegaskan kenyataan Chia itu tidak sama sekali mencermink­an pandangan Republik tersebut

- RSN Rayer PH-Jelutong

Walaupun perkara itu tidak berlaku dalam Dewan (Parlimen), tetapi memandangk­an Dewan Rakyat sedang bersidang, saya berharap pihak-pihak di sebelah sana (pembangkan­g) juga akan menyokong perkara ini.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang memperleke­hkan Malaysia termasuk menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan dalam satu persembaha­n komediri di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini wajar dikecam.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam, RSN Rayer (PH

Jelutong) meminta semua Ahli Parlimen bersama-sama mengutuk tindakan Chia yang disifatkan melampau dan menyinggun­g perasaan rakyat Malaysia.

Rayer membangkit­kan isu berkenaan di bawah

Peraturan 36 (9) dan (10) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat berhubung perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan bermusuh-musuhan antara kaum.

“Walaupun perkara itu tidak berlaku dalam Dewan (Parlimen), tetapi memandangk­an Dewan Rakyat sedang bersidang, saya berharap pihak-pihak di sebelah sana (pembangkan­g) juga akan menyokong perkara ini.

“Kita lihat satu video yang menular tentang seorang pelawak Jocelyn Chia memperleke­hkan negara kita dan membuat sindiran dan lawak jenaka yang mengguris hati serta menyinggun­g perasaan, terutama berkenaan negara kita dan kehilangan pesawat MH370,” katanya pada sesi Dewan Rakyat semalam.

Rayer berkata walaupun Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon telah memohon maaf berikutan tindakan biadab Chia itu, namun beliau berharap perkara sama tidak berulang.

Kelmarin, tular video Chia ketika membuat persembaha­n komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’, memperleke­hkan tragedi kehilangan pesawat itu selain membuat kenyataan jelik tentang Malaysia dan tindakan itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Susulan itu, kerajaan Singapura memohon maaf selain menegaskan kenyataan Chia itu tidak sama sekali mencermink­an pandangan Republik itu selain memaklumka­n wanita itu bukan lagi warganegar­anya. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia