Utusan Borneo (Sarawak)

Taktik ubah suai tangki, tong dram seludup diesel tumpas

-

Taktik seorang lelaki yang membawa minyak diesel di dalam tangki diubah suai dan tong dram pada sebuah pikap ternyata gagal apabila berjaya dihidu pihak berkuasa menerusi pemeriksaa­n yang dijalankan tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata pemeriksaa­n pada sebuah pikap di tepi Jalan Kuala Baram Bypass, di sini dibuat seorang pegawai kanan dan empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Miri kira-kira jam 12.59 tengah hari ketika menjalanka­n Ops Taring Kontraban.

“Hasil pemeriksaa­n dan pengakuan lisan dari pemandu pikap berkenaan telah didapati membawa minyak diesel di dalam tangki yang diubah suai dan tong dram.

“Pemandu gagal mengemukak­an sebarang dokumen di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Susulan pemeriksaa­n tersebut, Alexson menjelaska­n

polis telah merampas minyak diesel yang masing-masing disimpan di dalam sebuah tangki di belakang pikap sebanyak 800 liter dan seunit tong dram di tempat duduk belakang penumpang sebanyak 200 liter.

“Dianggarka­n nilai semasa minyak diesel yang dirampas adalah RM2,150.

“Polis juga turut merampas pikap berkenaan dianggarka­n bernilai RM95,000, satu tangki besi dianggarka­n nilai

semasa RM1,200 dan satu tong dram dianggarka­n nilai semasa RM300.

“Ini menjadikan nilai keseluruha­n rampasan ini adalah berjumlah RM98,650,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes ini disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a.

 ?? ?? DIRAMPAS: Sebuah tangki di belakang pikap yang disyaki menyimpan minyak diesel tanpa kebenaran berjaya dirampas.
DIRAMPAS: Sebuah tangki di belakang pikap yang disyaki menyimpan minyak diesel tanpa kebenaran berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia